Friday, June 22, 2007

Farewell, huhuhu... 22/06/07

Adeh, sedih la plak, hari ni hari last gua kat as-Salihin Trustee Bhd ni. Hari Rabu hari tu, dah buat makan-makan. Kali ni bukan gua sorang je, yang meninggalkan company ni tapi ada 2 lagi collegue gua. Minggu depan gua dengar ada 3 budak baru akan masuk. Heh,heh, heh, siaplah budak2 baru ni kena nanti. Keje semua dah settle. Mana2 yang tak settle tu - azlan, (Senior Business Development merangkap Head of Marketing and Training ye. ko buat la sorang2 ) heheheh... Brader azlan, member gua ni baru dinaikkan pangkat bulan ni. Lan, lu jangan lupa, keje lu bukan setakat jadi abang sempai (sempai ni bahasa jepun, translate melayu - senior, ko terer bahasa arab kan, ni kau cakap dengan ko bahasa jepun balik, hehehhe), je, selamat datang gua ucapkan pada lu ke dunia persuperan kehormat (Jap lagi aku tambah muka lu dlm slides preview kita, senang kita nak recruit agen baru.)

Pengalaman kat company ni, banyak gak la, walaupun jangka waktu perkhidmatan gua hanyalah 1 tahun 6 bulan termasuk sekali intercompany transfer.
gambar gua, dengan brader sempai ( baju hitam, merangkap super baru), kucai-brader pemalu dan tidak ketinggalan brader Kay- lelaki misterius.) Bro, korang semua rockkkkk!!!
Gua nak letak semua gambar kenang-kenang gua kat ast. Ingat perjanjian kita kawan2, sapa yang gi company lain akan automatik masuk Kelab Alumni as-salihin, sila emailkan email address terbaru anda semua ke kelab alumni kita. (hehe, gua ahli kelab alumni yang terbaru)ini semua kenangan kita, good luck 2 all staff yang masih tinggal...
satu lagi gua nak bagitau kat semua, lebih2 lagi collegue, sebenarnya gua bukan pegi Adidas, gua join Faizan kat Derma Estetica Sdn Bhd kat Bukit Jelutong. Gua saja chong orang tua tu, hehehe... Jangan mare...

Tuesday, June 19, 2007

Langat - Klawang 16/06/07

Seawal pukul 7.30 pagi gua dah ada kat batu 14 langat. Tunggu geng yang lain sampai. Trip kali ini macam biasa geng yang sama :-

1. gua
2. abiyan
3. shepon
4. bacin
5.dicky
6. azwar
7. khairul
8. ali (member baru, yg gua baru tau, dia ni junior gua kat st.john, yeeaahh johanian)
9. ajeep
10. kawan ajeep
11. faie
12. epin

Mula kayuh sampai perez, turun pastu terus ke klawang. Cuaca cun, mendung, ok la kayuh jauh dalam keadaan macam ni. Seronok kayuh dalam satu palaton. Lepas tu sorang2 tekan, kena tinggal eden.

Semangat lain macam sikit, sebab seronok kayuh jauh.

Laluan pun cun, kereta tak banyak tapi lori ada sikit. Jalan ni banyak bobby trap ( hampagas dari sang lembu) heheh, kena jaga.

Pastu berenti rehat kat kedai kakak da bom, nasi lemak dia sedap gak. hehehe...

Lepas carbo loaded, chow balik.
Kayuh punya kayuh tiba-tiba, alamak !! ancaman lembuuu...!!!
Lembu-lembu on the way pulang ke kandang.


Gua pun sampai dengan selamatnya.


Total km : (tak ingat, nanti aku tulis balik)
Time : (sama, tak ingat, aku check meter aku balik)

Sunday, June 17, 2007

Ice Breaking


Hi there, nama gua - Fairuz, keluarga panggil abg cha just sit down and wondering, hmmm, apa nak buat ni, tengok blog cousin gua abu power and saiful azri cam best je, budak-budak yang lain pun blog derang best gak, ok la sebagai graduan MMU majoring in Marketing with Multimedia, gua pun nak ada la blog sendiri. Mau kasi lawan sama cousin gua yang 2 orang tu. (hehehe, jgn mare abu, keluarga panggil abiyan dan saiful, keluarga panggil shepon.) Ini la semangat yang dinamakan taknak kalah. Gua akan gunakan skil multimedia yang gua belajar di MMU untuk buat blog ni cun dan tak boring.

Dlm blog ni gua nak cite pasal gua, counsin gua dan jugak kawan-kawan gua yang terlibat dlm hidup gua.
Mula2, gua nak cite pasal counsin gua yang 2 orang ni, abiyan (yang pakai topi tu)dan shepon (yang baju kuning pacesetters tu). Apa yang buat derang ni best ialah mereka berdua ni tengah bersiap utk nak jadi orang seterika @ orang besi @ Ironman tahun depan. Tu yang training bagai nak gila tu. Best gak follow derang. Sebagai semangat taknak kalah gua, gua pun akan training jugak utk jadi trialete dulu baru jadi orang seterika @ orang besi @ ironman.
Bagai gua, hidup ni kena sihat, pi la pilih apa-apa sukan pun, janji badan boleh kurus dan fit.

Gua pun sekarang on the way nak jadi trialete. Dari runner upgrade ke dualete upgrade ke trialete dan last sekali upgrade ke ironman. (fuhh, banyak mende nak kena buat ni).
Minggu ni adalah minggu terakhir gua dengan as-Salihin Trustee Bhd (company yang gua keje skrg). Minggu depan 25 June 07, gua start dengan company baru. Member semua sound gua, beb, lu taknak lepak dulu ke, dah 25 hb, tinggal seminggu je nak habis bulan 6, start la keje bulan 7, gua cakap, gua lepak rumah pun tak buat pape, baik gua pegi je la keje tu. Berkenalan dengan member baru.

Minggu ni (18 - 24 June 07) - week 1 utk latihan intensif, hehehee...poyo gile...Jap lagi balik rumah tido...

Tapak kaki kanan gua agak sakit bila dah habis lari, so this week gua nak tengok macamana, kalau gua training balik macam tahun 2005.
Pemakanan akan diformat kembali. Target 1 bulan berapa boleh turun. Hehehe, kembali kepada simulation macamana kalau hidup di zaman penjajah, mesti makanan sedap2 susah nak dapat.
Duit pun boleh save. Hmmm, pemakanan oat 3 in 1 bermula kembali. Target berat 54 kg. Sekarang berat gua 58kg.
Gua nak turun berat ke kategori Fin weight balik ( below 54 kg).
(Tahu kat mak aku confirm kena bising).