Friday, June 26, 2009

Standard Chartered KL Marathon 2009 Goodies and My Bib No

Semalam, aku dan bro Mohd Noh pergi ambil bib marathon kat Dataran Merdeka. Kami sampai sana dalam pukul 12:15 tengahari. Alhamdullillah hujan turun lebat betul.

"Bang, ini sudah cantik, hujan lebat ni, comfirm kita lari ahad ni sejuk" kata gua pada abg md noh.

"betul tu cha, jerebu pun bole hilang ni", balas abg md noh.

Bila kami nak gi beratur, kami jumpa Mr Chin, dia pun offer nak ambikkan utk kami sebab dia beratur dah kat depan. Cantikk, takyah beratur. Thank you Mr chin sebab tolong ambikkan sekali bib kami.

Bib, beg pastu banyak brosur. Bib pakai sistem elektronik. Bila lari nanti kita masuk dlm tempat macam tiang gol, utk dia scan, macam smart tag la.

Malam tadi aku pun pin la no tu kat baju aku.

No aku 201, tahun ni aku akan pakai baju adidas oren aku, dan seluar tight nike aku.
Ubat kuat, Enduro tablet aku tinggal 2 biji je, hari ni kena carik stock lagi ni.


beg SCKLM 2009, cantikk aku harap finisher t-shirt dan medal dia pun cantik.

So good luck la pada semua runner yang akan menyertai SCKLM 2009 ni esok, semoga kita lari dan gembira dan enjoy... See you all at starting and finishing line.
YASHAA!!!!!!

Tuesday, June 23, 2009

Kekotoran di longkang kita semakin menjadi-jadi

Disebabkan kealpaan kita yang mengambil inisiatif membuang sampah merata-rata termasuklah di dalam longkang maka ia telah mengundang pelbagai penyakit merbahaya, penyakit berjangkit, lalat dan banyak lagi jenis pencemaran kotoran air kita. Ini termasuklah pelbagai jenis binatang yang datang untuk memakan sisa sampah yang kita buang ke dalam longkang. Sila lihat gambar dibawah jika anda tidak mempercayainya:-

Gambar pertama menunjukkan sampah yang telah dibuang ke dalam longkang.

Gambar dua menunjukkan longgokan sampah yang ada di dalam longkang.


Gambar ketiga menunjukkan seekor biawak besar sedang mencari makanan


Gambar keempat pula menunjukkan biawak itu sedang berenang sambil meninjau makanan

Oleh itu, janganlah kita membuang sampah dimerata-rata tempat kerana cuba bayangkan jika kita terjatuh ke dalam longkang ini, mungkin kita akan digigt oleh biawak ini. Itu baru biawak, kalau kita masuk longkang tu dalam sikit, mesti bole jumpa buaya ke anakonda ke...Takut tu..

Adakah anda sudah bersedia?

Ya, satu soalan cepu emas, adakah anda sudah bersedia untuk Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon hari ahad ini?

Jawapan saya ya, saya sudah bersedia untuk larian 42km itu. Kenapa anda hendak menyusahkan diri anda berlari sejauh 42km itu?

Tidakkah ia memenatkan? Bagaimana jika anda pengsan di tengah jalan atau mengalami keletihan melampau (bonk)?

Saya hendak cuba memperbaiki catatan masa yang telah saya buat pada tahun 2005 iaitu 4 jam 30 minit. Itu adalah kali pertama saya menceburi bidang larian jarak jauh ini.

Dan yang paling penting sekali, tahun ini saya mahukan sijil penyertaan atau sijil penamat larian marathon ini kerana pada tahun 2005 saya tidak menerima sijil itu (atas kelalaian sendiri kerana tidak menghubungi pihak penganjur).

Selain dari itu, saya hendak mengumpul medal atau pingat larian saya, iaitu medal marathon yang kedua saya. Seperti ayah saya yang sudah berlari beberapa marathon, saya juga ingin memperolehi pengalaman dan pingat penamat sebagai koleksi peribadi saya. Sijil penyertaan atau sijil penamat bagi saya sangat penting kerana pada masa hadapan saya boleh menunjukkan ia pada anak-anak, cucu, cicit saya nanti.

Selain dari itu, ia dalah hobi saya kerana ia dapat menyihatkan badan dan menghilangkan stress kehidupan seperti kerja dan sebagainya.

Saya sudah membuat latihan yang cukup, jadi saya tidak akan 'bonk' semasa lari nanti.
Selain dari medal marathon, medal apa lagi yang anda idamkan?

Tentulah medal Ironman Langkawi. Saya akan membuat persiapan rapi sebelum menyertainya.
Bulan Julai ini, ada Putrajaya 70.3 Ironman. Jadi walaupun sebelum ini saya membuat keputusan yang berbelah bagi samada untuk menyertainya atau tidak tetapi akhirnya saya hendak menyertainya. Ia adalah satu kepuasan bila dapat menamatkan perlumbaan ini kerana ia melibatkan 'cut off time'.

Sampai bila anda hendak meneruskan hobi anda ini?
Sampai saya masuk ke kategori veteran. Saya tidak mahu menjadi gemuk akibat tidak bersenam dan saya hendak sentiasa sihat dan cergas.

Berapa berat badan anda sekarang?
Alhamdullillah sekarang sudah mencapai 58.5kg Saya mahu berat saya mencapai 54 atau 55kg.
Barulah saya boleh laju. (gelak sekejap)
Sila berikan kata-kata perangsang kepada rakan-rakan atau keluarga anda yang akan turut sama menyertai larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon hujung minggu ini.
Kepada keluarga dan rakan-rakan semua, marilah kita bersama-sama lari pada hari Ahad ini mengikut kemampuan masing-masing dan yang paling sekali kita bergembira dan sama-sama menghabiskan apa jua kategori larian yang anda sertai dan dalam masa yang ditetapkan.
YASHAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!Gambaro Mina!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 21, 2009

Kualiti udara di Lembah Klang tidak memuaskan

Kualiti udara di sekitar Lembah Klang nampaknya tidak memuaskan. Ramai orang dah mula sakit tekak dan demam. Hujan turun, tapi tak semua tempat. Semalam aku dan wife naik Bukit Ampang, saja-saja je lepak petang. Kami ada ambik gambar dan sedikit terkejut dengan pemandangan dari atas puncak tu. Kelabu jer, KLCC pun tak berapa nampak. Jadi kita kena berhati-hati dan banyakkan minum air kosong. H1N1 pun belum reda lagi ni.

Gambar diambil dari Cafe Gasoline

Aku dan wife
Pemandangan yang kelabu

Lagi kelabu...
KLCC pun tak nampak, terlalu kelabu, nampak la bayang sikit-sikit

Gambar diambil dari menara tinjau, Bukit Ampang