Thursday, July 2, 2009

Post Mortem untuk Standard Chartered KL Marathon 2009

Selepas berlari bagai nak gila utk KL Marathon ahad lepas, maka tibalah masanyer utk buat post mortem. Ada beberapa perkara yang boleh aku ambil perhatian dalam memastikan badan dan tahap prestasi aku sentiasa tip top.

1. Sepanjang aku berlatih, aku dapati, kalau aku setkan mental aku utk nak improve timing sendiri, aku dapati diri aku lebih aman dan tenteram bila berlari sebab tak payah nak beat sesiapa, cuma diri sendrik. Itu yang aku buat masa lari marathon tempoh hari. Aku tak kisah sapa nak pecut dulu, yang penting aku kena lari ikut pace aku iaitu 10km dlm masa 1 jam.
Aku lari dan kadang kala aku nyanyi, aku menikmati pemandangan semasa aku lari, sambil tengok org sekeliling aku lari. Aku tak rush sebab aku tau masa banyak.

2. Semenjak aku start training triathlon, aku dapati aku dah takder masalah sakit pada lutut. Tak macam tahun 2005, 2006 dulu masa aku start lari. Memang masa tu aku laju, 10km aku kalau race kat dataran merdeka, PR aku ialah 48 minit. Manakala utk tahun 2006, GE 30k, PR aku 2 jam 24 minit dan Subang Jaya 10km tahun 2005, PR aku 40minit. Memang aku laju, tapi lepas 3 bulan aku tersadai kat rumah, lutut sakit nak jalan pun susah. Habih segala glucosamine aku makan, baru ok.

Sekarang bila aku start training triathlon, ada bike work out dan swim work out, aku rasa muscle kaki aku dah strong. So, sekarang ni, aku kena banyak lagi buat bike work out, main bukit banyak sikit. Utk persiapan marathon yang seterusnya inilah formula aku.

3. Hmmm, race yang berikutnyer ialah Putrajaya 70.3 Ironman Triathlon dlm bulan julai ni. Swim aku dah semakin improve, cuma aku nak buat bike work out lagi. Utk larian dah cukup cover sempena marathon tempoh hari, cuma sekarang ni aku kena buat brick work out sikit.
Brick work out ni aku dapati, bole improvekan training larian sebab, lepas basikal, kena lari pulak, nilah yang menentukan pada km ke 39 dan 40, aku masih ada power tak lagi utk lari ke garisan penamat.

4. Aku akan cuba training menggunakan air yang sedikit, tapi aku akan pastikan aku tak dihidrasi. Masa SCKLM 09 tempoh hari, kesian.....ramai runner jadi kong sebab si penganjur bodoh tu dah kehabisan air. Mangkok punyer penganjur, Octagon bodoh!!!!!

Octagon adalah company yang bertanggungjawab menganjurkan SCKLM 09 ni. Ramai org complain, si octagon bodoh ni, kehabisan air la, toilet lepak kat seberang jalan la, dan yang paling aku terkejut, bila aku cuba browse utk tengok time dan position aku kat website kl-marathon.com, diorang tulis, "runner with bib no 201(bib no aku), not found".

Apa ke pundikkkk, octagon bodoh!!!!!!!!

Disebabkan penganjur bodoh macam ni, aku kena training dengan sedikit air, sebab takut bila race nanti, si penganjur yang bodoh macam ni tak sediakan air atau air dah habis.

Tapi nak aku ingatkan pada semua runner yang baca blog aku ni, setiap kali race larian, kita semua kena bawak sikit duit dlm RM5 - RM10. Bukannyer apa, kalau penganjur bodoh kehabisan air, bolelah kita beli kat kedai minyak atau apa saja kedai yang kita jumpa.

Kalau route larian tu takder kedai, kita kena lari dengan fuel belt dan sebagainya supaya kita bole bawak air kita sendrik utk back up.

Ini merupakan antara benda yang aku notice sebagai panduan aku utk training dan race pada masa depan. Aku harap lepas ni benda-benda macam ni tak berlaku lagi dan aku akan lebih bersedia utk menghadapi situasi begini.

Gambar Larian SCKLM 2009


Ini adalah antara gambar aku masa SCKLM 2009. Aku akan upload lagi gambar lain...
Singlet Adidas Oren tu adalah singlet rasmi aku untuk acara larian, sedap singlet tu...
Tahun ni utk SCKLM 2009, aku pakai kasut Adidas Boston, stokin angkle reebok, tight nike dan jam timex ironman.
Catatan masa aku utk marathon 42km : 4jam 34 minit.

Monday, June 29, 2009

Gambar larian marathon standard chartered KL 2009

Gua dan abupower@ abiyan

Gambar dengan keluarga larian, gua, ait, adik, abiyan dan hana yang akan masuk categori kid dash, baguss hana, try your best!!! - thank you ayah tolong tangkap gambar.

First round punya gambar, aku akan upload lagi gambar daripada camera ayah aku.

Semalam, aku sembang dengan ayah aku pasal marathon:-

Ayah : "Anak-anak, belum dapat beat time marathon ayah lagi", ayah berkata sambil tersenyum.

Aku : "Berapa best time ayah utk marathon?", aku tanya..

Ayah: "Best time ayah untuk KL Marathon masa time ayah dulu, ialah 4 jam 18 minit dan untuk Penang Bridge marathon, ayah buat 4 jam 8 minit, ni best time ayah, yang selebihnya dlm 4jam 20 - 30 minit", kata ayah pada aku.

Ayah aku memang kaki marathon sejak dulu lagi, tapi semenjak dia dah pencen ni, dia dah tak aktif lari marathon lagi, cuma dia lari short distances je. Utk kategori vateran, ayah aku suka masuk larian MPAJ. Selalunya MPAJ akan buat larian ambang kemerdekaan sebab larian diorang selalunya dlm bulan ogos. Tapi semenjak 2-3 tahun ni, diorang dah tak buat dah. Seingat aku paling last dlm tahun 2007.

Untuk kategori veteran, runner kena lari sejauh 7km. Aku start masuk dlm bidang larian ni bila ayah aku tolong registerkan aku utk larian MPAJ dlm tahun 2004, utk categori men open, 10km.

Ayah aku cakap, "kalau setakat training jer, tapi tak masuk race, tak guna sebab abg cha tak tahu sejauh mana keupayaan diri sendiri. Malam tu ayah aku bagi singlet larian dia masa time dia muda dulu, dan tolong pinkan aku nombor bib kat singlet tu.

Ayah aku cakap, "besok ayah akan lari categori marathon sejauh 7km. ayah nak tengok boleh tak abg cha habiskan larian 10km tu sebelum ayah habis lari. Abg cha muda lagi takkan tak bole."
Dan besoknyer, kami pun lari, dan sebelum start lari, ayah bagi aku air livita, dia cakap "sebelum lari minum livita 2 botol, minum pelan-pelan dan jaga diri".

Aku start dulu manakala categori veteran start 15 minit kemudian. Lari punya lari, dah nak dekat garisan penamat aku nampak ayah tunggu tepi jalan, sambil jerit kat aku "abg cha kalah, ayah menang, ayah sampai dulu, kenapa lari slow sangat ni"..

Terkamjat aku sekejap, walaupun ayah start 15 minit lewat, tapi dia habis dulu, masa tu umur ayah dah lebih kurang 52 tahun. Sampai jer garisan penamat, aku tengok timing aku, 50 minit.

Ayah pun datang dan tanya aku,
"Berapa time"

"50 minit", aku jawab. Ayah gelak dan cakap "50 minit utk 10km, slow tu, tak bole dapat placing".

Ayah aku pun tunjuk kad placing dia, no 6. ayah cakap, kita tunggu jap sebab ayah nak gi ambik duit RM50 yang penganjur sediakan. Lagi sekali aku kamjat, wahhh, ayah aku menang duit, ini sudah kira kuat ni...siap placing lagi...

Kami pun gelak sama-sama, pastu on the way balik banyak advice ayah bagi aku, tentang pemakanan, pengalaman dia, macamana nak lari dlm kelompok ramai dan banyak lagi..

Malam tu ayah tunjuk kat aku semua sijil larian dia, dari sijil marathon, half marathon, 10km dan semua larian yang ayah aku masuk di pelbagai tempat. Aku kagum...

Start dari hari tulah aku suka larian. Aku cakap kat ayah aku, best la larian ni, nak masuk lagi la...

Ayah aku pun cakap, "ada kelab larian, nama dia pacesetters, abg cha gi join diorang, abg cha akan tahu bila date larian seterusnya."

Itulah masa, aku tahu tentang pacesetters club ni. Start dari hari tu, aku pun training, aku kenal ramai runner yang kuat dan aku berazam utk kalahkan ayah aku masa larian MPAJ tahun yang berikutnya.

Dan utk larian MPAJ 2005, aku dapat kalahkan ayah. Aku habis sebelum ayah habis dan kali ni aku pulak tunggu dia kat tepi jalan. Time aku masa tu 45minit. Bila nampak ayah, aku jerit, ayah kalah, abg cha menang kali ni, abg cha habis sebelum ayah habis, ayah aku senyum dan tunjuk isyarat bagus.

Dan tahun itulah juga, tahun pertama aku buat marathon aku, KL Marathon. Time aku 4jam 34 minit, sama time dengan tahun ni.

Sejak tu bila MPAJ buat larian kami akan masuk. Dan aku akan cuba lari secepat mungkin utk habiskan larian 10km aku sebelum ayah habis. Itulah speed work out aku. Position terbaik aku utk larian MPAJ ialah position 33. Masa tu aku agak kecewa sebab MPAJ sediakan RM50 utk placing 11 sampai 30.

Jadi sekarang ni, ayah aku dah ada ramai pencabar yang akan cuba beat time dia. No. 1, dia ada adik, first time marathon sudah buat 4jam 19minit. No 2, dia ada ait, first time marathon sudah buat 5 jam 40minit, no 3, dia ada abiyan, kaki marathon dan dah buat 2 kali ironman, masih lagi buat bawah 5 jam, no 4, dia ada aku, yang masih lagi mencuba utk beat time dia dan jangan lupa shepon masih lagi pencabar dia.
Abiyan bagitau aku yang shepon, sudah berjaya buat larian marathon 3jam 30minit pada salah satu marathon yang dia masuk di UK. Syabas shepon!!!.
Jadi aku, abiyan, shepon, ait, adik dan hana (atlet masa depan kami), akan cuba dan cuba dan berlatih untuk setiap larian marathon yang kami masuk dan akan habiskan dalam catatan masa yang cantikk...
Don't worry ayah, kami akan cuba beat time ayah, so far hanya shepon dah beat time ayah, walaupun bukan di Malaysia, adik hampir-hampir...

So aku akan masuk dan sertai pelbagai acara larian ni sehingga aku vateran supaya aku bole jadi cam ayah, kumpul banyak sijil dan medal dan bole tunjuk pada anak-anak, cucu, cicit pada masa hadapan.
Dan satu lagi, untuk generasi aku, kami ada satu lagi acara best iaitu Ironman. Abiyan dan buat 2 Ironman dan mencatat catatan masa yang cantikk. Shepon dah buat Ironman serta mencatat masa yang cantikkk. Adik dan Ait akan buat Ironman pada 2010 tahun depan dan aku tak tau lagi bila, kena tengok financial dulu. (heheheh).
Tapi bulan Julai ni aku, abiyan, ait dan adik akan buat Putrajaya 70.3 Ironman.
Yashaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 28, 2009

Laporan Larian Marathon Standard Chartered Kuala Lumpur 2009

Yashaa semua, hehehe, aku pasti semua dah enjoy larian marathon SCKLM 09 semalam. Bagi semua tahniah aku ucapkan sebab menyertai larian semalam dan dalam apa jua kategori yang anda masuk.

Hari ni aku nak cite tentang report larian marathon aku semalam.

Semalam seawal jam 2.00 pagi lagi aku dah bangun dari tido untuk siapkan diri aku ke larian marathon ni. Lepas mandi aku kejutkan ayah aku, sebab dia nak ikut untuk jadi photographer dan bagi moral support pada aku, ait, adik dan abiyan yang akan menyertai larian marathon ni.

Aku tengok adik dan ait dah bangun. Aku capai kunci kereta, masukkan barang-barang dlm kereta dan terus gi ke kedai serbaneka tujuh/sebelas yang bukak 24 jam kat rumah aku untuk beli air kuat aku iaitu minuman pawaroot kurma madu kegemaran aku.

Selalu masa tahun 2005, aku ikut ayah aku punya stail sebelum apa-apa race larian. Dia akan minum 2 botol air livita. Aku pulak minum setin pawaroot. Pagi tu aku breakfast energy bar natural farm perasa almond.

Sebelum pegi aku bagitau kat wife aku, kalau takder arang aku nak habiskan larian marathon aku ni dlm masa 4 jam ke 4 jam 10 minit. Wife aku cakap good luck dan jangan naik teksi ye...

Aiseh, aku cakap " ini kali, abang tak naik teksi, tapi abg naik LRT la kalau bonk". Kitaorang pun gelak dan lepas tu aku pun gerak ke dataran dengan ayah aku.

Adik naik dengan ait dan follow sekali.
Lepas sampai kat dataran dan park kereta, aku pun terus memulakan aktiviti memanaskan badan sambil sembang dengan abiyan, adik dan carik bro mohd noh. Abiyan cakap, takpe nanti lari kita jumpa dia punya la.

jam tangan telah menunjukkan pukul 4.45 pagi dan lepas sesi bergambar kami pun terus masuk ke kandang manusia. Masa tu, hujan sudah turun renyai-renyai bahasa. Tambah sojuk deng dibuatnya.

MC pun announce larian marathon akan bermula dan pom!!, siren pelepasan berbunyi, dan larian pun bermula tepat jam 5.00 pagi.

Aku memulakan langkah larian cantikk dengan penuh berhati-hati sebab laluan basah. Jangan sampai tergolek sudah sebab peserta ramai. Strategi aku pada pagi semalam adalah seperti berikut:-

Larian marathon ada 42km. Aku bahagikan kepada 4 set larian yang mana 3 set awal adalah 10km dan set terakhir adalah 12km. Mental aku set langgar dinding mesti pada km yang ke 35km.

Sebelum lari, aku jumpa Naza kawan sekolah aku dan dia dah cakap, mati kita on the way balik kena makan bukit. amaran itu pun aku dah setkan dlm mental aku.

Aku akan buat larian 1 jam untuk 10km.

Set 1 (10km)
Lari punya lari, sampailah aku pada km ke 10. Aku tengok jam aku, 57 minit, cantikk, aku masih ikut plan.

Aku minum air 100+ dan air kosong dan teruskan larian. Keadaan masa masih lagi gelap dan aku berlari setenang angin.

Set 2 (20km)

Masa km ke 18, aku jumpa abiyan dan tegur dia, abiyan angkat tangan. Aku pun teruskan larian bersahaja aku ke water station pada km 20. Aku berenti munim 100+ dan air kosong dan terus memulakan larian kembali. Aku tengok jam aku, 1jam 57 minit, cantikk set kedua iaitu 10km kedua aku masih bawah 1jam. Confident aku makin bertambah.

Set 3 (30km)

Masa km ke 27, aku jumpa zul hasan @ triathele cap ayam. Masa tu kat depan pavillion. Aku teruskan larian aku ke km 30. Sampai kat water station km 30, aku berenti minum air kosong dan makan pil kuat aku. Awek yang bagi air tu tanya, pil apa tu bang? aku cakap pil garam galian, dia senyum je. Aku minum air 100+ sebelum lari balik. Aku tengok jam aku, 2 jam 57 minit. Terus aku tersenyum, wahhh, ini sudah cantikk kalau takder aral confirm bole habis dlm 4.00 jam. Kalau ada aral sekali pun bole kot habis dlm 4 jam 10 minit atau 15 minit. Aku memulakan larian aku kembali ke set yang terakhir.

Set 4 (42km)

Pada km 35, kesialan sudah berlaku. Masa tu kat lebuhraya mahameru, seperti cakap Naza, bukit babi telah sedia menanti untuk di daki. Masa tu aku lari sikit dan aku jerit "babi la, orang dah lari 35km, penganjur kau bagi bukit panjang plak time-time nak habis ni, sial, anjing sohai!!!" Runner sebelah aku man, gelak, dia pun cakap, takpe bro kita jalan sampai atas sana.

Maka bermula sesi big walk aku, masa tu aku tak peduli dah timing aku. Aku lari, jalan, lari, jalan.

Kepundikkan semakin menjadi-jadi!!!

Naik pulak ikut wisma tani, seperti kata adik suffer like cock!!!, aku menyumpah, turun kat JKR aku start lari sampai kat DBKL. Aku dapat rasa depan ni mesti ada satu lagi hal sebab nak kena u-turn. Dari situ, aku lari + jalan tak sampai-sampai pun signboard u-turn. Sampai la last sekali depan lorong sebelah bangunan eon bank, baru aku nampak signboard u-turn tu. Mahh aiii, jauh giler u-turn, babi punya penganjur, baik kau letak je, sign board u-turn tu kat chokitt. Sambil lari bole usha pondan ke ayam ke, sohai!!!. Pondikk!!!.

Habis u-turn, aku kumpul balik segala kekuatan kat kaki, 2 power gel dah aku telan, kau sedut nafas dlm-dlm dan aku tengok jam aku, 4 jam 28 minit. Ok, aku setkan mental aku, untuk sprint sampai garisan penamat. Pom!!, masa tu dah kat kedai karpet belah kanan aku nampak traffic light dataran, apalagi gua terus lari la, aku setkan dlm mental, aku kena habiskan sebelum 4 jam 40 minit.
Akhirnya, aku sampai ke garisan penamat, masa nak sampai dengar suara Hana, panggil aku, dan catatan masa aku mengikut jam aku menunjukkan 4 jam 34 minit. Aku sempat tengok finishing time penganjur, 4 jam 35 minit. Ok la tu, yang penting aku sampai tanpa cedera dan time ni sama dengan time aku buat marathon KL masa tahun 2005. Alhamdullialah.

Habis, terus gi ambik medal dan finisher t-shirt jumpa adik, carik ayah, tunggu abiyan dan ait, support bro mohd noh masa dia sampai kat finishing line, pastu balik.

Keputusan peserta marathon Standard Chartered 2009:-

1. adik dus - 4 jam 19 minit.
2. aku - 4 jam 34 minit
3. abiyan - 4 jam 42 minit
4. bro mohd noh - 5 jam 20 minit
5. ait - 5 jam 40 minit

Tahniah kepada semua terutama yang pertama kali masuk larian marathon ni, dan lepas ni kita kena training kuat lagi untuk tahun depan supaya kita dapat mengelakkan segala kesialan dari berlaku.

Aku dengar gak, ramai orang komplin pasal larian marathon standard chartered ni, apasal buat bukit time last fews km, pada hal dlm runner guidebook penganjur tulis runner will enjoy flat dan beautiful scenery of KL. Pacer pakai belon pun tak nampak pun. Lu orang biar betul...


Pondikk la lu orang bagi t-shirt cotton je, bagi la dry fir punya t-shirt.


Nasib baik medal cantik. Tahun depan masuk masuk lagi.

Yashaaa, gambar masa gua lari aku gua upload sikit masa lagi....