Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Selamat berpuasa kepada semua. Semoga Ramadan tahun ini adalah lebih sempurna amal ibadat kita dan sama-samalah kita bersemangat menunaikan solat sunat terawih.

Bulan Ramadan tersembunyi satu malam, Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Bulan ini semua amal ibadat kita digandakan pahalanya. Marilah sama-sama kita merebut peluang ini kerana tidak semua orang berpeluang bertemu Ramadan dan belum tentu juga kita akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan.

Solat lima waktu, bersedekah, dan tinggalkan segala maksiat, caci mencaci, umpat mengumpat, dan sebagainya.

Training aku untuk bulan Ramadan ini, semua akan dibuat selepas solat terawih. Dalam pukul 10 malam.

Target weight aku selepas Ramadan 56kg. Target sembahyang lima waktu tak tinggal dan solat terawih.
Sabar kena banyak....

Tuesday, August 18, 2009

Situasi Semasa H1N1 (Selesema babi) dan Tindakan Yang Boleh Diambil

Sehingga semalam virus ini telah mengorbankan seramai 64 orang. Negara kita masih berada dalam situasi kecemasan.

Kadar kematian masih berada dibawah 0.1. Menurut WHO, jika sesebuah negara itu telah mencatat kadar kematian melebihi 0.4 maka isytihar darurat kesihatan boleh dikeluarkan dimana orang ramai akan dikuarantin di rumah masing-masing dan tidak dibenarkan keluar rumah.

Cara kiraan ialah bilangan kes jangkitan semasa didarab 20 dibahagikan dengan bilangan kematian semasa.

Golongan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan/komplikasi ialah:-

1. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun

2. Warga tua berusia 65 tahun keatas

3. Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang

4. Wanita hamil

5. Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, penyakit paru-paru kronik,kegagalan fungsi organ, penyakit kardiovaskular, penyakit hati, penyakit sistem darah, penyakit saraf, dan gangguan metabolik seperti diabetes.

6. Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubat-ubatan tertentu, pesakit kanser, dan HIV)

7. Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain

8. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (obesiti)

Orang ramai adalah sentiasa dinasihatkan supaya mengikut nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil langkah-langkah berikut:

1. Bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan Influenza A(H1N1) diminta SEGERA mendapatkan rawatan. Rawatan anti-viral akan diberikan tanpa memerlukan ujian pengesahan makmal. Rawatan ini sangat berkesan untuk mengubati pesakit jika dimulakan dalam tempoh 48 jam selepas gejala bermula.

2. Bagi mereka yang mempunyai simptom yang ringan diminta untuk mendapatkan rawatan simptomatik. Mereka juga dinasihatkan untuk berada di rumah dan membatas pergaulan serta aktiviti di luar. Kebersihan diri dan etika batuk perlu sentiasa diamalkan. Sekiranya terpaksa keluar, pakai penutup mulut dan hidung ( mask ) jenis ‘three ply’ untuk mengurangkan penularan virus kepada orang lain.

3. Berikan perhatian kepada tanda-tanda amaran seperti masalah sukar bernafas, demam atau sakit dada yang berterusan, batuk/kahak berdarah, muntah/cirit-birit yang kerap. Dapatkan rawatan SEGERA apabila mengalami tanda-tanda tersebut.

4. Orang ramai diminta terus mengamalkan cara hidup sihat termasuk banyak meminum air, tidak merokok, makan secara sihat dan melakukan aktiviti fizikal. Amalkan langkah-langkah pencegahan H1N1 bagi mengurangkan penularan penyakit ini.

5. Penutupan sesebuah sekolah atau institusi bergantung kepada penilaian risiko yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah dan persetujuan bersama dengan pihak pengurusan sekolah atau
institusi.

6. Di hospital kerajaan, ujian pengesahan jangkitan influenza A(H1N1) hanya dibuat untuk kes-kes yang dimasukkan ke hospital sahaja.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat melalui talian hotline yang beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang di talian 03-88810200 dan 03-88810300.

Maklumat terkini juga boleh didapati daripada laman web Kementerian Kesihatan Malaysia http://www.moh.gov.my dan http://h1n1.moh.gov.my/.

Kita hendaklah bersama-sama untuk menghentikan penularan virus ini dengan sebaik mungkin.
Kerjasama daripada anda semua amatlah dihargai.

Sunday, August 16, 2009

Strength Workout Rumah-Bkt Ampang-Bt 14-Bt 18-Genting Perez-Rumah

Bike strength workout (climbing stage) macam nak mati tapi best. Start pukul 9.00 pagi bertolak dari rumah aku. (Pehh, dah macam tour dah)

Climbers terdiri daripada aku, abiyan, adik dan ait. Kitaorang start kayuh dari rumah aku, naik bukit ampang, turun ke batu 14, terus ke batu 18, panjat balik perez sampai atas, turun balik ikut jalan yang sama dan penghabis adalah menara tinjau bkt ampang.

Brader-brader power abiyan, adik dan ait climb selamber badak jer.

Genting perez ni dah berapa banyak kali naik aku pun tak ingat, masa dengan geng letuang.

Aku dengan frame baru Fuji Team 2009. Sedap climb pakai frame ni.

gambar abiyan snap, dah dekat nak sampai puncak dah

brader-brader power dah sampai dulu.


kasi snap gambar dulu

dengan brader-brader power

Ini adalah last training sebelum bulan Ramadan, kasi kaw-kaw training. Masa bulan ramadan nanti, training aku macam biasa tapi semua nyer lepas sembahyang terawih. Long workout pun dalam 1-2 jam sahaja. Minggu ni sakit tekak aku dah ok, takut gak bila demam time-time musin H1N1 ni.

Training aku resume minggu ni, harap aku tak sakit apa-apa.
Semangat cam gian nak race sebab dah lama tak race. Takpe kasi sabar sikit.

Race aku lepas raya nanti dimulai dengan Putrajaya 70.3 Ironman, pastu Powerman Seri Manjung. Larian mungkin aku lari haram saja. Target weight dalam bulan ramadan ialah 56-57kg.

Sembahyang terawih kasi belasah selagi bole. Syukur aku masih berpeluang jumpa Ramadan tahun ini.

Aku happy sebab ni adalah tahun pertama aku dan zue menjalani ibadah puasa bersama-sama sebagai suami isteri. Anak sulung kami insyAllah akan dilahirkan pada hari Raya nanti atau 2-3 hari sebelum Raya.

Harap-harap semuanya berjalan lancar, insyAllah.

-Training-training gak, amal ibadah jangan dilupakan-