Saturday, September 12, 2009

Putrajaya 70.3 dah nak mula!!! Gambaro mina!!!

Aku baca dari blog Triatlete Cap Ayam, surat race director bagi pada bro zul kita ni. Memang confirm 4/10/2009 ni Putrajaya 70.3 akan start. Lokasi race ialah di Pullman Hotel Putrajaya. Hotel ni terletak berdekatan dengan Kompleks Sukan Air Putrajaya. Sport drink rasmi ialah Gatorade, Powerbar pun ada.

Aku rasa cam tak sabar jer nak race. Sudah lama rasanyer. First Ironman 70.3 di Malaysia ni. Sapa-sapa yang budget macam aku ni boleh la main Ironman 70.3 ni je setiap tahun. Lokasi dia aku tak pasti setiap tahun sama ke tak kat Putrajaya. Kalau sama cantik, jimat sikit.

Paling best Ironman Langkawi la. Kena standby la duit flight, hotel, cari kotak utk simpan bike.
Race ada lagi 3 minggu boleh train lagi.

Bonus jya arimasen!!!

Pehh, aduh, adeh tahun ni takdok bonus, huhu...

Support staff dapat RM500, bayar dua kali. Ok la dari takder langsung, walaupun bayar dua kali, hehehe...

Terkejut takder la sangat dah boleh agak dah. Pilihanraya kecil banyak kalah bron, mesti angin satu badan...hehehe...

Thursday, September 10, 2009

Muhammad Faris Iqbal Hari ke 6

Syukur alhamdullillah Muhammad Faris Iqbal dah masuk hari ke 6. Pagi ni nurse dari Klinik Ibu Bersalin Cheras Baru datang untuk periksa zue dan baby faris. Sekejap je diorang periksa, semua ok. Zue hari ni dah masuk hari ke 3 mengurut kat rumah mak aku ni. Zue pun nak ok sikit, tetapi masih dalam proses recover.

Pagi tadi aku lari sikit dlm 30 minit. Petang ni nak buat 45 minit pulak. 2-3 hari ni cuaca pun ok, so malam ni bole kayuh 1.30 jam.

Aku dengar rumor kata Putrajaya 70.3 mungkin kena postponed lagi. Aikk, biar betul. Race tinggal lagi 4 minggu tapi bike and run course pun tak upload lagi. Apa sudah jadi Liem. Hehehe... Tapi belum confirm lagi.

Persiapan menjelang raya pulak amacam geng? Tahun ni aku, zue tak beli baju raya pun. Baju tahun lepas pun ok lagi, bole pakai lagi. Zue pun sama gak. Baby faris baju memang kitaorang dah beli siap-siap, tunggu nak pakai je.

Start semalam kita dah tinggal 10 malam terakhir. Kasi balun betul-betul la terawih tu, baca al-quran, doa, solat sunat semua kasi pulun. Malam lailatuqadar bakal ditemui oleh sesiapa saja. Yang penting amal ibadat mesti cantik. Untuk membolehkan kita berjaga malam, maka kita mesti menaikkan metabolisme kita. Untuk menaikkan metabolisme kita kena la buat latihan fizikal.

Aku suka bila training masa malam ni bukannya apa, lepas training confirm aku takleh tido. Haaa, memang sesuai bila dah tiba 10 malam terakhir ni. Aku ingat aku nak cuba cara ni dan tengok pukul berapa aku bole tido. Masa tu la bole baca al-quran. Macam aku, aku baca tafsir al-quran sebab lepas baca sesuatu ayat, terus baca maknanya, baru la faham.

Aku nak cuba kekalkan macam ni selepas bulan ramadan dan bulan-bulan berikutnya. Satu hari aku baca 1 muka surat. Tafsir yang mak aku belikan untuk aku ni bagus, sebab di bahagian belakang dia ada pengertian/tafsiran untuk sesuatu surah tu. Bila baca baru aku faham. Sekarang ni aku dok syok hafal surah dan maknanya. Bila sembahyang baru aku faham apa yang aku baca.

Sebenarnya perkara-perkara macam ni semua mak dan ayah aku dah didik aku masa kecik lagi tapi biasalah nakal tak dengar kata. Kadang-kadang buat kadang-kadang tak.

Macam sekarang ni alhamdullillah aku rasa nak buat balik semua amalan-amalan yang baik ni. Sebelum aku jalan, baik aku siapkan bekalan dulu.

Takder lah asyik consentrate fizikal training je. Batin pun mesti mau training jugak. Barulah seimbang.

Training dan race tetap diteruskan bagi menjaga kesihatan badan supaya bila dah berumur takder lah sakit-sakit yang serius. Umur aku dah 30 tahun. Jantung semua mesti mau jaga. Sama dengan ibadat sebab hidup ini adalah sementara, akhirat juga tempat kekal abadi. Pehh, macam ustaz la gua.

Pengalaman so far menjadi bapa ni, syok jugak rasanya. Sekarang bila wife call atau sms jer, mesti suruh beli pampers ke, baby wipes ke hehehe...Nanti bila faris dah besar kena beli susu pulak. Iyalah dulu masa kita kecik, mak dan ayah jaga sekarang bila kita dah besar kita bukan saja kena jaga anak, malahan kena jaga ibu bapa, keluarga, sanak saudara, etc.

-bila dah start taip laju, mesti ada tersilap spelling-

Monday, September 7, 2009

Muhammad Faris Iqbal Bin Mohd Fairuz Iqbal

Syukur alhamdullillah, selepas 9 bulan zue dan aku tunggu akhir anak sulung kami selamat dilahirkan. Muhammad Faris Iqbal Bin Mohd Fairuz Iqbal namanya. Berat 2.46kg, dilahirkan pada 5 September 2009 jam 5.50 pagi di Hospital Ampang Pandan Mewah.

Muhammad Faris Iqbal dilahirkan 3 miggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Sihat dan aktif.

Satu pengalaman menarik bila aku temankan zue di dalam dewan bersalin. Pehh, memang syurga di bawah tapak kaki ibu. Sakit nak bersalin aku tengok memang susah nak digambarkan. Jangan derhaka kepada ibu bapa. Memang betullah kata kawan aku brader sam, "bro lu masuk teman wife lu, lu akan insaf bro". Aku insaf, pehhh....

Zue dan Faris dah discharge dari hospital. Minggu depan kami akan balik kampung utk raya dan dia akan pantang di sana.

Aku syukur, lega, gembira dan sekarang aku dah ada anak. Tanggungjawab makin besar. Nak beli pampers, napkin, susu macam-macam lagi. Walaubagaimanapun sibuk dan budget sekali pun training dan race ke masuk gak. Badan mesti mau fit, taknak la jadi macam kebanyakkan orang/suami/bapa, dah ada anak badan dah kedempul/gemuk/boncitt macam berudu/gendut/buruk. Gua mesti smart, badan mesti mau fit.

Sekarang aku dah bole start training swimming balik. Semalam dah gi swim, giler best. Putrajaya 70.3 tinggal 4 minggu je lagi. Malam ni gua nak kayuh....

Maka bermulalah tak tido malam jaga baby faris, mencabar ni...hehehe...

baby faris di hospital

baby faris di rumah

baby faris dengan mama dia

baby faris tak mau tido..