Thursday, October 29, 2009

Minggu depan punya race bron..

Untuk minggu depan aku ada satu race jer iaitu Powerman 2009, bertempat di Seri Manjung Perak. Bib collection besok di Armada Hotel PJ. Powerman 2009 merangkumi dua disiplin iaitu berlari sejauh 11km disusuli dengan kayuhan pantas sejauh 64km dan diakhiri dengan larian deras sejauh 10km.

Penyertaan pertama aku untuk powerman ni ialah pada tahun 2007. Aku suka powerman ni sebab penganjur, laluan, timing chip, goodies dan medal semuanya cantik. So aku plan nak start tahun 2009 ni aku nak jadikan Powerman race yang setiap tahun aku nak masuk.
Satu lagi aku bole balik kampung untuk melawat wan dan ayang serta mak & bapa mertua aku.

Cyfora 'Jaguh Bukit' MDHS

Good luck kepada semua yang akan masuk race ni hari ahad ni. Sepupu aku, abiyan dan mungkin champion baru adik duss akan masuk race ni. Have a good race and always take care.
Diorang dua orang champion raja bukit.
Yashaa!!!!!

Tuesday, October 27, 2009

Majlis Aqiqah Untuk Faris

Alhamdullillah majlis aqiqah Faris pada 25 Oktober 2009 sudah selesai. Ramai tetamu datang. Aku dan Zu buat majlis ni di Bota, kampung Zu.

Cantik buaian Fariz, Zu dan keluarga dia buat. Penuh dengan warna warni. Zu pun dah habis pantang. Minggu depan dia mula kerja balik.

Gulai kambing yang brader tu masak memang sedap. Tidak ada langsung bau hamis. Kalau makan kat kedai mamak memang berbau. Aku kira-kira jemputan ada dalam 100 lebih orang yang datang.

Faris pun dah besar. Dah dekat 4kg. Pampers dia, aku dah kena beli saiz m.

Aku, Zu, Faris dan sepupu Faris, Hawa. Ni gambar lepas majlis. Aku siap dengan napkin Faris kat bahu.


Ni gambar Faris masa acara mengelilingi buaian. Mak bidan dukung Faris sambil geng dia yang lain bermarhaban.

Phewitt, mama Faris yang mengancam lagi menarik, Zu.

Faris dalam buai. Apalah yang Faris tengah fikirkan tu. Mesti dia fikir, kenapa la ramai sangat orang hari ni. Siap nyanyi-nyanyi lagi (bermarhaban).

Gambar Faris sehari sebelum majlis aqiqah. Ni tengah menangis.Hehehe, comelnyer..

Faris yang comel tengah lena tidur. Muka dah ikut muka mama dia, Zu, pipi dah gebu, badan dah gebu, kulit cerah...