Thursday, November 12, 2009

Powerman 2009 Gambar Part 1

Terima kasih kepada Mr.Tey yang sudi ambik gambar aku masa di Powerman tempoh hari.




















Powerman 2009 Part 2 Race Results

Alhamdullillah tahun ni aku berjaya buat PB berbanding dgn tahun 2007.
Keputusan aku :-

Race : Powerman, Seri Manjung Perak, 8/11/09
Disiplin : Run 11km, Bike 64km , Run 10km
Cut off Time : Within 5 hour

Race categori : Men 30-39

Run 1 : 50:52
T1 : 3:19
Bike : 2:13:56
T2 : 4:04
Run 2 : 1:19:18

Total : 4:31:32 Categori Position : 78/178 Medal : Yes

Improve 10 minit dari tahun 2007. Badan dan perasaan ok. Aku rasa bole improve lagi ni.

Tuesday, November 10, 2009

Powerman Seri Manjung Perak 2009 - Jalan-jalan cari makan

Satu jer komen aku: Panas nak mamposs!!!, fuhhh, cuaca di Seri Manjung Perak memang panas. Penduduk Seri Manjung sendiri kata kat tempat diorang dah lama sangat tak hujan. Setiawan hujan tapi seri manjung tak. Padahal kedua tempat ni sebelah menyebelah jer.
Itulah kuasa tuhan.

Aku, Zu dan Faris bertolak dari KL agak lewat. Dalam pukul 12.00 tengahari baru kami bertolak ke Perak. Sebelum tu, kami bawa Faris pegi cucuk utk 2 bulan. Ye, Faris dah berumur 2 bulan. Kami bawak dia gi cucuk kat Klinik Primecare Bangsar. Faris nangis sekejap je, masa doktor cucuk kat punggung dia. Mungkin dia terkejut kot. lepas tu dia ok. Alhamdullillah antibodi dia kuat, dia tak demam. Lepas cucuk Faris, kitaorang gi lunch kat Mahbub pekena nasi biriani. Lepas tu baru gerak ke Perak.

Sampai Seri Manjung lebih kurang pukul 3.00 lebih, kami terus ke stadium MPM utk collect timing chip. Aku suka powerman ni sebab dari segi penganjuran dia dan timing chip dia pun bagus. Aku park kat luar stadium, zu dan faris duduk dlm keta. Aku jumpa adik dan mamat masa kat stadium. Aku sempat jengok abg razani punya barang-barang yang dia jual kat koridor stadium. Tertarik pada rim 50mm Durace C50 dan Garmin Forerunner 101 kot. Kalau ada cash itu jam gak aku nak sambar dua barang ni.

Aku ambik timing chip, berborak dgn adik pastu aku terus ke keta. Aku pegi Petronas utk pam petrol sebelum aku nampak satu budget hotel, Motel Impian. Wahh, ini sudah bagus, hotel tu betul-betul belakang Petronas yang berhadapan dgn stadium MPM tempat garisan permulaan powerman. Cantikkk, aku call hotel tu dan terus book semalam.

Hotel ni ada dua jenis bilik satu berharga RM39 dan satu lagi berharga RM69. Bezanya yang murah tu toilet dia kat luar bilik dan yang mahal tu toilet dia dlm bilik. Ok la tu hotel bersih toilet pun bersih.

Lepas check in hotel aku bawak zu dan faris gi jalan-jalan kat Lumut. Kitaorang pekena cendul, mee hailam, beli makanan ringan sikit dan jalan-jalan tengok laut. Ni la first time faris jalan kat taman. Seronok dia.

Aku masih tunggu gambar dari adik utk upload. Gambar gaya pro, hehe..