Fairuz - The Journey Begins
Yesterday is a history, tomorrow is a mystery but today is a gift, that why they called it a present. Value your life, your family, friends and everyting around you.
Friday, May 15, 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan
Hari merupakan Ramadan yang ke 23, bersamaan 16 Mei 2020, rakyat Malaysia masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akibat dari wabak Covid19 ini. Namun begitu, kerajaan telah memberikan beberapa kelonggaran bersyarat bagi membolehkan ekonomi negara digerakkan semula. Aku sudah mula bekerja sejak dua minggu lepas namun kali ini semua pejabat dikehendaki melaksanakan waktu kerja anjal iaitu hanya 50% sahaja dibenarkan bekerja di pejabat dan selebihnya bekerja dari rumah. Ada jadual yang dibuat mengikut giliran. Tahun ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia berhari raya di rumah masing-masing. Rakyat Malaysia tidak dibenarkan balik ke kampung iaitu perjalanan rentas sempadan negeri tidak dibenarkan. Aku berdoa agar Malaysia berjaya melawan wabak Covid19 ini supaya rakyat Malaysia dapat menjalani kehidupan normal seperti sediakala.
Sunday, April 5, 2020
Wabak Corona Virus 19
Negara kita dikejutkan dengan kehadiran virus Corona 19 atau Covid 19 seawal bulan Februari 2020. Virus yang berpunca dari bandar Wuhan di China, pantas merebak ke seluruh dunia. Ia merupakan sejenis virus baru yang menyerang sistem pernafasan manusia dan virus ini akan lebih memudaratkan jika dihidapi oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi selain warga emas. Sehingga aku menulis blog ni, kerajaan telah mengenakan sekatan perjalanan di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki berada di rumah sejak 18 Mac 2020. Fasa pertama bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac, dan dilanjutkan dari 1 Apri - 14 April.
Sehingga hari ni wabak covid 19 telah mencatat 61 kematian, dengan 3,662 kes keseluruhan, manakala 1,005 pesakit telah dapat dipulihkan. Seramai 2,596 sedang dirawat. Buat masa kini semua semua syarikat, kementerian dan agensi kerajaaan diperintahkan duduk di rumah. Hanya mereka yang bekerja di barisan hadapan seperti doktor, pegawai kesihatan, polis, tentera dan lain-lain pekerja barisan hadapan bertungkus lumus bekerja melawan wabak covid 19 ini.
Aku berdoa semoga kita semua selamat dari wabak covid 19 ini dan semua pesakit yang sedang dirawat kembali pulih. Aku juga berdoa agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sediakala.
Tuesday, December 17, 2019
New weapon for 2020
Alhamdullillah akhirnya aku berjaya beli satu tt bike Java SCIA 2019 di CM Bikes. Aku memang dah lama mengidam nak ada satu tt bike utk aktiviti triathlon aku. RB Fuji Team 2009 aku masih digunakan. Plan aku untuk tahun 2020 ni ialah:
1. Desaru 113 Half Ironman distance, Julai 2020.
2. Avillion Coastal Ride
3. Garmin Marathon
4. Perak Triathlon
Sunday, December 15, 2019
Malang tidak berbau
Malang memang tidak berbau, aku pun dah kena. Bulan lepas nak dijadikan cerita, kami bercuti di Desaru. On the way ke sana, tak semena-mena Citra ada problem gear box. Ni first time aku kena, selepas 8 tahun Citra berkhidmat untuk aku.
Bila kena je, terus kereta tidak boleh bergerak.
Nasib baik ada adik ipar di Kulai, pinjam kereta dia, plan bercuti di teruskan.
Perbelanjaan tak perlu cakap le dari sikit terus beribu termasuk kos baiki kereta. Redha je la...
Saturday, November 16, 2019
Kembali semula berblogging
Lama jugak aku tak berblogging, post last 2016. 2019 nak start balik lah. Penulisan kali ini lebih santai dan cerita-ceritanya semua berkisar dengan kehidupan aku, sukan kegemaran aku, sedikit isu semasa dan apa sahaja yang aku suka. Aku saja je nak test app blogger ni, mari kita tengok...
Friday, July 8, 2016
Sunday, August 30, 2015
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan ke 58
Alhamdullilah negara kita sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaan, 31 Ogos 2015. Kepada rakyat Malaysia, hargailah keamanan yang telah kita kecapi dan pertahanankan untuk generasi sekarang dan akan datang. Masih banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk negara. Kepada pejuang-pejuang tanahair, Al-Fatihah untuk mereka dan terima-kasih diatas pengorbanan kalian kepada agama islam dan negara Malaysia. Perpaduan yang telah dibentuk harus di perhalusi dan dipertahankan.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)