Thursday, September 24, 2009

Bron-bron yang akan race dlm Putrajaya 70.3 IM 2009

Ironman merupakan sukan triathlon yang merangkumi tiga disiplin. Disiplin pertama adalah renang. Peserta atau 'triathlete' dikehendaki berenang sejauh 3.8km diikuti dengan acara kedua iaitu kayuhan basikal sejauh 180km dan berlari maraton 42km.

Kemuncak kejohanan Ironman ialah di Kona Pulau Hawaii.

Sukan ini memang popular di negara Amerika, Eropah dan sekarang Asia.

Sukan triathlon mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 90an lagi, manakala kejohanan sulung Ironman Malaysia telah diadakan pada tahun 2000 di Pulau Langkawi Kedah.

Pulau Langkawi merupakan destinasi yang seterusnya di dalam siri Ironman dunia.

Selain dari Ironman, penganjur utamanya iaitu World Triathlon Corporation ada menganjurkan kejohanan Ironman 70.3. Perbezaannya ialah Ironman 70.3 merangkumi acara renang sejauh 2km, berbasikal sejauh 90km dan berlari sejauh 21km.

Siri akhir kejohanan Ironman 70.3 ini diadakan di Clearwater Florida. Setiap pemenang di setiap siri akan dipilih untuk bertanding di Clearwater ini.

Untuk tahun 2009, buat pertama kalinya Malaysia menjadi salah satu destinasi kejohanan siri Ironman 70.3 ini. Bertempat di Putrajaya, kejohanan ini akan bermula pada 4 Oktober 2009 ini.

Mari kita lihat bron-bron yang akan mengambil bahagian dalam race ini minggu depan, heheheheh:-
mesti la gua ,tuan punya blog race jugak...


bron abiyan, raja bukit raja pecut, raja laju, raja podium, hehehe...abiyan dah dua kali complete Ironman Langkawi 2008 dan 2009. Ini kali dia takkan kasi chan punya pada semua orang, power bron ni.



bron ait, domestique bron abiyan, adik aku yang kedua. Tahun depan nak buat Ironman Langkawi, tahun ni dia pulun training cukup-cukup. Ada weapon baru, bakal menyengat.


bron adik, paling power antara kitaorang. Adik no 4 aku. Masih muda, tahun ni dia graduate, bakal engineer ni. Swimming laju, kayuh pun laju dan lari pun berdesup. Desaru long distance triathlon tahun ni dia buat 5 jam 36 minit. Tahun depan dia, ait dan abiyan akan buat Ironman Langkawi.

Itulah keluarga aku yang akan race minggu depan. Hehehe, tak sabar rasanyer nak race ni. Minggu ni dan minggu depan last utk training sebelum kita belasah race.




Race Course Ironman 70.3 Putrajaya 2009

Akhirnya informasi yang telah sekian lama kita nantikan, laluan perlumbaan (race course) utk IM 70.3 Putrajaya telah diumumkan LIEM di dalam website Ironman Malaysia.

Berikut ialah race course utk acara renang :-
Cut off time utk renang 1 jam 10 minit

Race course untuk acara basikal:-
Cut off time 5 jam termasuk masa renang.


Race course untuk acara larian:-
Cut off time 8 jam 30minit termasuk masa renang dan basikal.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.ironmanmalaysia.com.my/

Amacam bron, dah ready ke?, hehehe...

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin

Kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan taulan, saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin.
Semoga di bulan syawal ini tuhan memaafkan kesilapan kita dan memperkukuhkan lagi tali persaudaraan sesama kita umat Islam.
Jaga diri semua dan kepada yang balik kampung, pandu cermat, jiwa selamat. Ingatlah tuhan serta orang yang tersayang.
Ikhlas,
Fairuz, zu, faris sekeluarga.