Thursday, November 12, 2009

Powerman 2009 Gambar Part 1

Terima kasih kepada Mr.Tey yang sudi ambik gambar aku masa di Powerman tempoh hari.




















Powerman 2009 Part 2 Race Results

Alhamdullillah tahun ni aku berjaya buat PB berbanding dgn tahun 2007.
Keputusan aku :-

Race : Powerman, Seri Manjung Perak, 8/11/09
Disiplin : Run 11km, Bike 64km , Run 10km
Cut off Time : Within 5 hour

Race categori : Men 30-39

Run 1 : 50:52
T1 : 3:19
Bike : 2:13:56
T2 : 4:04
Run 2 : 1:19:18

Total : 4:31:32 Categori Position : 78/178 Medal : Yes

Improve 10 minit dari tahun 2007. Badan dan perasaan ok. Aku rasa bole improve lagi ni.

Tuesday, November 10, 2009

Powerman Seri Manjung Perak 2009 - Jalan-jalan cari makan

Satu jer komen aku: Panas nak mamposs!!!, fuhhh, cuaca di Seri Manjung Perak memang panas. Penduduk Seri Manjung sendiri kata kat tempat diorang dah lama sangat tak hujan. Setiawan hujan tapi seri manjung tak. Padahal kedua tempat ni sebelah menyebelah jer.
Itulah kuasa tuhan.

Aku, Zu dan Faris bertolak dari KL agak lewat. Dalam pukul 12.00 tengahari baru kami bertolak ke Perak. Sebelum tu, kami bawa Faris pegi cucuk utk 2 bulan. Ye, Faris dah berumur 2 bulan. Kami bawak dia gi cucuk kat Klinik Primecare Bangsar. Faris nangis sekejap je, masa doktor cucuk kat punggung dia. Mungkin dia terkejut kot. lepas tu dia ok. Alhamdullillah antibodi dia kuat, dia tak demam. Lepas cucuk Faris, kitaorang gi lunch kat Mahbub pekena nasi biriani. Lepas tu baru gerak ke Perak.

Sampai Seri Manjung lebih kurang pukul 3.00 lebih, kami terus ke stadium MPM utk collect timing chip. Aku suka powerman ni sebab dari segi penganjuran dia dan timing chip dia pun bagus. Aku park kat luar stadium, zu dan faris duduk dlm keta. Aku jumpa adik dan mamat masa kat stadium. Aku sempat jengok abg razani punya barang-barang yang dia jual kat koridor stadium. Tertarik pada rim 50mm Durace C50 dan Garmin Forerunner 101 kot. Kalau ada cash itu jam gak aku nak sambar dua barang ni.

Aku ambik timing chip, berborak dgn adik pastu aku terus ke keta. Aku pegi Petronas utk pam petrol sebelum aku nampak satu budget hotel, Motel Impian. Wahh, ini sudah bagus, hotel tu betul-betul belakang Petronas yang berhadapan dgn stadium MPM tempat garisan permulaan powerman. Cantikkk, aku call hotel tu dan terus book semalam.

Hotel ni ada dua jenis bilik satu berharga RM39 dan satu lagi berharga RM69. Bezanya yang murah tu toilet dia kat luar bilik dan yang mahal tu toilet dia dlm bilik. Ok la tu hotel bersih toilet pun bersih.

Lepas check in hotel aku bawak zu dan faris gi jalan-jalan kat Lumut. Kitaorang pekena cendul, mee hailam, beli makanan ringan sikit dan jalan-jalan tengok laut. Ni la first time faris jalan kat taman. Seronok dia.

Aku masih tunggu gambar dari adik utk upload. Gambar gaya pro, hehe..

Sunday, November 1, 2009

Gambar Ironman 70.3 Putrajaya 2009

Hehe, aku rembat dari website asiphoto.net
Cun gak photographer dia snap gambar aku ni.
Mesti mau gaya pro maa....

Swim

Bike


Run

Akhirnya semua dapat rasa podium!!!

Syukur Alhamdullillah, Abiyan Raja Bukit dah berjaya dapat no.6 pada Kejohanan Cyfora Jaguh Bukit MDHS di Kuala Kubu Baru semalam. Abiyan dapat RM50 dan paling penting dapat naik podium top 10. Adik kurang seminit di belakang abiyan.

Jadi sudah complete la abiyan, dapat naik podium dan menang duit. Heheheh, training kuat dengan sifu hafiz wong akhirnya berbaloi. Tahniah diucapkan.

Dulu aku masih ingat, abiyan cakap kat aku, "Abg Cha dah berjaya menang trofi utk placing no 7, KRI 10km 2006, adik Ironman 70.3 Putrajaya 2009 age group 19-24 tahun champion, shepon Genting trailblazer champion sebelum dia pi UK, abiyan jer tak pernah menang apa-apa",

Aku cakap kat abiyan semalam, "Abiyan, sekarang lu pun sudah menang no 6 King of Mountain, dapat duit lagi, jadi kita sekeluarga sudah complete, semua dah merasa menang podium top 10."

Abiyan gelak jer...

Itulah cerita abiyan, akhirnya jadi champion. Menang jaguh bukit utk road bike bagi aku memang sudah power. Tak pernah dalam family aku ada champion Ironman, ada King Of Mountain RoadBike. Bagi aku kalau lu sudah dapat menang top 10, memang lu power. Top 10 korang ingat senang ke nak dapat. Kena training bagai nak giler baru merasa tau.
Abiyan Raja Bukit!!!!!!!!!!!Yasha!!!!!!!!!!!!
Adik Ironman 70.3 Putrajaya 2009 Champion!!!!!!!!!! Yasha!!!!!!!!!!!!
Adik kat starting line

Adik dan abiyan bersama sifu power diorang Hafiz Wong

Medal no.6 dan RM50 yang berjaya abiyan menang, tahniah sekali lagi diucapkan

Thursday, October 29, 2009

Minggu depan punya race bron..

Untuk minggu depan aku ada satu race jer iaitu Powerman 2009, bertempat di Seri Manjung Perak. Bib collection besok di Armada Hotel PJ. Powerman 2009 merangkumi dua disiplin iaitu berlari sejauh 11km disusuli dengan kayuhan pantas sejauh 64km dan diakhiri dengan larian deras sejauh 10km.

Penyertaan pertama aku untuk powerman ni ialah pada tahun 2007. Aku suka powerman ni sebab penganjur, laluan, timing chip, goodies dan medal semuanya cantik. So aku plan nak start tahun 2009 ni aku nak jadikan Powerman race yang setiap tahun aku nak masuk.
Satu lagi aku bole balik kampung untuk melawat wan dan ayang serta mak & bapa mertua aku.

Cyfora 'Jaguh Bukit' MDHS

Good luck kepada semua yang akan masuk race ni hari ahad ni. Sepupu aku, abiyan dan mungkin champion baru adik duss akan masuk race ni. Have a good race and always take care.
Diorang dua orang champion raja bukit.
Yashaa!!!!!