ATM Tri adalah triathlon pertama aku tahun ni. Lokasi perlumbaan ialah di Pantai Puteri, Melaka. Nama lama bagi Pantai Puteri ialah Pantai Kundor. Aku, Zue dan Faris dapat sewa 1 chalet baikkk punya depan-depan tempat swim. AKN Family chaletnya. Harganya satu malam RM100. Cukup murah dan selesa.
Adik, Ait, abiyan semua diorang lepak kat Evelyn Hotel.
Aku dan family sampai pada hari sabtu, dlm pukul 4.00 petang. First time ke sana, melilau carik tempat. Nasib baik phone nokia E71 aku dilengkapi dengan GPS, jadi tak la susah sangat carik pantai ni. Sampai-sampai jer terus cari tempat registration, bayar dan lepak-lepak kat khemah penganjur.
Race ni diorganise oleh Rejimen 26, Komando Kem Sg Udang. Race briefing disampaikan oleh Majer Kalam. Total participants aku rasa dalam 200 orang. Tak ramai sangat.
Swim course kena buat 2 pusingan. Dari pantai aku tengok tak macam 1.5km. Macam lebih. Ada gak di kalangan peserta cakap, ni bukan 1.5km ni, lebih ni. Majer Kalam cakap semua peserta kena berhati-hati semasa swim sebab pantai ni banyak jelly fish. Takut gak aku dengar sebab sebelum ni aku tak pernah disengat jelly fish ni. Mengikut kata-kata brader-brader yang dah pernah kena sengat, diorang cakap memang sakit macam kena kejutan elektrik.
Bike course, 4 pusingan dan larian dari kampung ni pastu u-turn kat kampung hujung.
Kesimpulan dari race ni ada beberapa key points yang aku nak highlightkan utk diri aku:-
1. Kalau peserta ramai ATM, swim kena buat training lebih sebab diorg semua laju masa swim. (Aku orang no 2 keluar dari air....memang kena tinggal)
2. Kalah dengan adik-adik gua, takper bole training lagi.
3.First time aku kena sengat dengan jelly fish. Nasib baik takder apa-apa walaupun sakit.
4. Masa bike memang best, aku bekerjasama dengan kawan-kawan, habis kayuh average 32, memang puas hati.
5. Larian kena training lagi.
6. Cuaca panas bagi aku takder hal tapi perut plak meragam....kembung perut.
7. Adik semakin power, keep it up adikkk, yashaaa!!!!
8. Ait semakin power, bagus!!!
9. First triathlon Nazri adik ipar aku dan aku kalah pada dia, bagus Nazri, welcome to the family.
10. Abiyan tak join triathlon ni, hehehe...
Overall race ni ok, TAPI RAMAI ORANG TIPU MASA BIKE LOOP sebab mana ada marshalll.... Zue bagitau aku masa swim pun sama, bila palaton swimmer laju dtg, mana yang slow-slow terus join ikut diorang naik ke transition area. Siapa tipu, dia tipu diri sendrikk gak...
Faris seronok sebab dapat jalan-jalan, dia excited sampai suruh bukak baju sebab nak gi mandi laut. Aku dah pesan pada wife jangan bagi dia main air takut ada jelly fish. Merbahaya...
Lepas race dlm 1.00 lebih kitaorang pun gerak balik KL.
No comments:
Post a Comment