Sunday, April 5, 2020

Wabak Corona Virus 19

Negara kita dikejutkan dengan kehadiran virus Corona 19 atau Covid 19 seawal bulan Februari 2020. Virus yang berpunca dari bandar Wuhan di China, pantas merebak ke seluruh dunia. Ia merupakan sejenis virus baru yang menyerang sistem pernafasan manusia dan virus ini akan lebih memudaratkan jika dihidapi oleh mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti jantung, kencing manis, darah tinggi selain warga emas. Sehingga aku menulis blog ni, kerajaan telah mengenakan sekatan perjalanan di mana semua rakyat Malaysia dikehendaki berada di rumah sejak 18 Mac 2020. Fasa pertama bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac, dan dilanjutkan dari 1 Apri - 14 April.
Sehingga hari ni wabak covid 19 telah mencatat 61 kematian, dengan 3,662 kes keseluruhan, manakala 1,005 pesakit telah dapat dipulihkan. Seramai 2,596 sedang dirawat. Buat masa kini semua semua syarikat, kementerian dan agensi kerajaaan diperintahkan duduk di rumah. Hanya mereka yang bekerja di barisan hadapan seperti doktor, pegawai kesihatan, polis, tentera dan lain-lain pekerja barisan hadapan bertungkus lumus bekerja melawan wabak covid 19 ini.
Aku berdoa semoga kita semua selamat dari wabak covid 19 ini dan semua pesakit yang sedang dirawat kembali pulih. Aku juga berdoa agar kita semua dapat menjalani kehidupan seperti sediakala. 

No comments: