Wednesday, September 19, 2007

2007 Summary

Tahun 2007 ni, aku tengok tak banyak races yang aku masuk. Hmm, mungkin sebab nak budget duit, atau pun busy keje, rasa cam tak best la plak. Tengok certificates & medal pun tak banyak. Tak macam tahun 2005 & 2006. Untuk tahun ni last race aku ialah Powerman Lumut pada Nov 11 ni. So bulan ni, and Oct aku focus utk powerman, tak sabar rasa nak tunggu habis raya, nak start balik swimming punya training. Lepas raya, start training balik swim 1.5k - 2k. Preparation utk trithalon 2008.
Utk tahun 2008, aku plan nak masuk balik race 10k yang bagi limited medal. Aku nak tengok macamana time & position aku. Selain dari tu, trithalon & dualthalon full swing. Yusran ajak masuk Kinabalu Climbaton lagi, hmm, kena tengok financial aku dulu. Selain nak focus keje, races pun jugak.
Abiyan & Shepon akan masuk derang punya first Ironman. Aku plan nak gi te
ngok derang, kasi moral support and jadi photographer. Kasi tengok dulu camne race Ironman, utk preparation aku pulak nak masuk. Ini semua pasal taknak kalah punyer semangat. Mama hari tu ada tanya, bila aku nak sambung balik kelas japanese aku. Masalahnyer, kalau sambung level 2 and 1, dah kena sacrifice time training and races, mana boleh camni, kalau aku sambung level 2 and 1, abiyan and adik pon akan ada banyak masa training,and masuk banyak race, derang akan jadi laju, aku plak akan pandai bahasa jepun, tapi konfirm aku tak laju sebab tak dapat training and race. Takpe lah bu, abang cha akan study balik silibus level 4 and 3 tu , hafal setiap kanji , buat exercise dia, pandai jugak bahasa jepun, kalau gi jepun pun, utk pakai level 4 and 3 pun silibus, masih bole survive. Kira abang cha pandai la ma, belajar japanese kat malaysia, training cakap dengan budak2 kelas , tengok naruto pun dah boleh paham, cakap pun boleh, ok la tu, kalau nak compare dengan si takashi kat japanese language center tu, dah la duduk malaysia hampir 6 tahun, aku melayu pun tak reti langsung. Bongok punyer takashi, aku ajak pi minum teh tarik pun tak paham, saja la ajak dia, cakap dlm bahasa melayu, saja nak tengok si jepun ni kata tak nak kalah duduk malaysia dah lama, tapi bahasa melayu pun masih tak paham, apa la takashi san, kena aku translete balik, baru dia paham.
Kita bila ajak kawan pi minum teh tarik, kita cakap lagu ni:


Fairuz : takashi, teh tarik....
Takashi : Hah, teh tarik ? sumimasen, wakaranai....
Fairuz : hiss, nande kore!!, teh tarik nomimasho..... (baru la dia paham,
aku ajak dia pi minum teh tarik)
Takashi : aah, hai, ikimasho...


Apala takashi.... kata dah dudk malaysia lama, local dialect pun takkan ko tak dapat tangkap.
Dengan berbekalkan skil level 4 & 3, aku dah boleh cakap dengan dia, baru
2 tahun belajar jepun, kalau 2 tahun dudk jepun, confirm aku lagi power.

Takpelah, aku teruskan dgn training and race aku.

Tahun 2007, race yang aku masuk :-

January :-


1. GreatEastern 30k


February :-


1. Putrajaya CycleFest

March :-

1. Larian Terowong Smart

Plan nak masuk KL International Marathon, aku dah siap training, beli kasut baru, last minit, bos bodoh suruh pegi outstation pulak, punah harapan, kena postponed tahun 2008.


April

1. Larian Polis
2. Power Run

May

1.New Balance - Pacesetters 15k ( lari haram jer)

July

1. PD International Trithalon.

2. UM Dualthalon

August


1. Desaru Long Distance Trithalon
2. Mount Kinabalu Climbaton

Nov


1. Powerman Lumut (mesti masuk, minta2 la takder kena gi outstation ke, apa ker)

Pencapaian tahun ni, kurang memberangsangkan. Takpe, aku focus tahun depan, back to basic, masuk larian 10k yang bagi limited medal, masuk trithalon, and KL Marathon.

Training dah start balik, bulan puasa more to 10k run training.

Keje - training - terawih -update blog - tido - dating - dating - dating - training - k
eje, hehe, best nyer...
kat Singapore marathon 2006 , abiyan, shepon, kak wati and hana tsu.

masa nak balik kat singapore

dengan team pacemaker , mamat pakai baju utar tu, paling power, marathon selamber jer 3 jam lebih

PD International Trithalon 2007 - gambar dengan coach, abiyan Raja Breakaway coach lari, swimming & basikal , coach shepon Raja Bukit coach lari and swimming and basikal

Hasil training dengan 2 coach, akhirnya aku reti berenang, berenang sambil nangis, terharu sangat, dah boleh berenang.

posing sikit dlm air, hehe, dah dekat nak sampai dah..

hehe, terus ke bike transition

hehe dah abis..

with Richard, alamak gambar kelabu la...

Minggu Kahwin

Hmm, 2 minggu lepas sebelum puasa aku namakan minggu kahwin.Ramai gak member-member yang kahwin. Dole @ Mohd Shadul Khairi B. Ngalim best friend aku pun kahwin pada 1 September hari tu. So aku pun ada gi majlis dia. Alhamdullillah semua nyer cun. Dari hari aku datang majlis kahwin kau sampai sekarang aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BRO !!!, nanti kita lepak bila aku free. Hehe...

gambar convo MMU Cyberjaya 2005

Sunday, September 16, 2007

Selamat Berpuasa Semua

Kita dah start puasa, selamat berpuasa gua ucapkan pada semua. Bulan puasa ni, gua training jugak. Macam biasa lepas office, gi lake garden, and start lari. Bulan puasa balik awal, lagi pun gua buat sales, so petang lepas jumpa customer terus jer gi lake garden, takyah balik office. Bulan puasa kena balik awal, sebab jalan jem, Lepas ambik zue, gua terus gi lake garden. Zue, tunggu dlm keta, wa jog dlm 40 minit - 1 jam, pastu mandi, and terus bukak posa. Biasanya, time gua jog, start kul 6.00 ptg. My sweetheart, takde problem tunggu wa habis jog. Biasanya dlm keta gua ada magazines and newspaper, so zue baca je.
Target bulan ni, sebelum raya, berat badan gua mesti turun ke 55 kg balik. Selalu nyer, gua terder masalah utk nak turunkan berat badan. Challenges yang selalu kita hadapi ialah utk nak maintainkan berat badan. Kalau tak, takder lah aku susah payah training bagai nak giler.
sayang

me and sayang

dengan family masa holiday kat sabah

mama, ayang, adik na and ateh kat poring sabah

wan atas bot

family tengah rehat kat kinabalu entrance gate

abiyan tri power, ini gambar lama

inilah abiyan yang baru : abu tri super power

perubahan yang mendadak keatas abiyan setelah training intensif.
sekarang abiyan menuju ironman 2008 - gua giler bangga kat abiyan

shepon yang power, sama dgn abang nyer abiyan, menuju ironman 2008, go bro !!!

abiyan and shepon, kebanggaan family kami!!!!

Semoga Ramadan, kita memperolehi keberkatan darinyer.

Minggu yang tak best...

Minggu lepas dengan minggu ni, betul-betul tak best. Minggu lepas, gua balik kampung, lawat wan.
Wan tak berapa sihat. Gua buat keje pun tak berapa, sebab risau kat wan. Baca blog abiyan and kekda, semua pun risau. Gua banyak berdoa semoga wan cepat sembuh.
Kat kampung, mak dengan ayah sama uncle gua jaga wan. Ok la, lega sikit... Dari semasa ke semasa mak gua update pasal wan. Kata mak gua, wan semakin ok. Syukur Alhamdullillah.
Pun begitu, sama-samalah kita doakan kesejahteraan wan saya.