Pagi yang indah, laut yang tenang, cuaca cantik.
Aku, abiyan, shepon, abg md noh dah bangun seawal pukul 5.00 pagi lagi. Kali ni shepon tak duduk sekali sebab dia ada camping dengan student dia. Kak wati dan hana tak datang sebab hana kena demam campak. Kesian hana. Semoga Hana cepat sembuh.
Kali ni aku datang siap bawak penyokong sekali, adik na, sayang, ait, adik dan farhana pun ada sekali. Hehehe, baru la semangat nak race.
Pukul 6.20 pagi, kami bertolak ke tempat permulaan iaitu dia Admiral Marina Bay. Tahun ni aku datang buat OD. Tahun lepas buat sprint je. Dah park kereta, terus ke tempat transition. Letak bike dan body marking terus buat sessi bergambar.
Race kali ni best, semua kuat-kuat. Pujian aku berikan pada shepon dan abiyan. Shepon habis dlm masa 2.30, punya laju. Abiyan pun sama, kategori aku (16-29 tahun) start dulu, kategori abiyan kemudian, tapi masa swim, abiyan potong aku. Bagus abiyan ni.
Shepon dan abiyan beraksi cemerlang.
Aku pun dah improve. Dari swim, bike dan run semua ok. Tapi cuaca masa run, panas giler. Komen aku hanya satu, kenapa perut lepas habis bike masa nak start run, mesti kembung punya. Sial betul, dari A'Famosa lagi macam tu. Bila run susah nak kontrol nafas. Aku kena improve part ni.

medal, baju yang besar bole buat balut buah cempedak, buku nota, dll.








aku dan sayang masa run dah nak sampai finishing line..
wuii, sexy nyer baby.....
My time :
swim : 0:42:11
T1 : (tak ingat, jam dah reset secara tak sengaja)
Bike : 1:30:24
T2 : (sama gak, tak ingat)
Run : 1:00:12
Total : 3:12:19 (Agak-agak jer, tak sabar nak tunggu official result keluar)
Comments : Panas tak ingat!!!!
4 comments:
Hahahahah....minum lah ENO perisa halia...malam n pagi sebelum race. Mujarap
fairuz, thank you for pacing me back masa the last km. and congratulations on your finish.
abiyan,
oo, ye ke abiyan, nanti gua cuba..
arif,
no problem bro, i hope you will recover soon...take care and congrats to you too...
Congrats bro ... semakin HEBAT!!!
Eraser
Post a Comment