Tuesday, June 23, 2009

Adakah anda sudah bersedia?

Ya, satu soalan cepu emas, adakah anda sudah bersedia untuk Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon hari ahad ini?

Jawapan saya ya, saya sudah bersedia untuk larian 42km itu. Kenapa anda hendak menyusahkan diri anda berlari sejauh 42km itu?

Tidakkah ia memenatkan? Bagaimana jika anda pengsan di tengah jalan atau mengalami keletihan melampau (bonk)?

Saya hendak cuba memperbaiki catatan masa yang telah saya buat pada tahun 2005 iaitu 4 jam 30 minit. Itu adalah kali pertama saya menceburi bidang larian jarak jauh ini.

Dan yang paling penting sekali, tahun ini saya mahukan sijil penyertaan atau sijil penamat larian marathon ini kerana pada tahun 2005 saya tidak menerima sijil itu (atas kelalaian sendiri kerana tidak menghubungi pihak penganjur).

Selain dari itu, saya hendak mengumpul medal atau pingat larian saya, iaitu medal marathon yang kedua saya. Seperti ayah saya yang sudah berlari beberapa marathon, saya juga ingin memperolehi pengalaman dan pingat penamat sebagai koleksi peribadi saya. Sijil penyertaan atau sijil penamat bagi saya sangat penting kerana pada masa hadapan saya boleh menunjukkan ia pada anak-anak, cucu, cicit saya nanti.

Selain dari itu, ia dalah hobi saya kerana ia dapat menyihatkan badan dan menghilangkan stress kehidupan seperti kerja dan sebagainya.

Saya sudah membuat latihan yang cukup, jadi saya tidak akan 'bonk' semasa lari nanti.
Selain dari medal marathon, medal apa lagi yang anda idamkan?

Tentulah medal Ironman Langkawi. Saya akan membuat persiapan rapi sebelum menyertainya.
Bulan Julai ini, ada Putrajaya 70.3 Ironman. Jadi walaupun sebelum ini saya membuat keputusan yang berbelah bagi samada untuk menyertainya atau tidak tetapi akhirnya saya hendak menyertainya. Ia adalah satu kepuasan bila dapat menamatkan perlumbaan ini kerana ia melibatkan 'cut off time'.

Sampai bila anda hendak meneruskan hobi anda ini?
Sampai saya masuk ke kategori veteran. Saya tidak mahu menjadi gemuk akibat tidak bersenam dan saya hendak sentiasa sihat dan cergas.

Berapa berat badan anda sekarang?
Alhamdullillah sekarang sudah mencapai 58.5kg Saya mahu berat saya mencapai 54 atau 55kg.
Barulah saya boleh laju. (gelak sekejap)
Sila berikan kata-kata perangsang kepada rakan-rakan atau keluarga anda yang akan turut sama menyertai larian Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon hujung minggu ini.
Kepada keluarga dan rakan-rakan semua, marilah kita bersama-sama lari pada hari Ahad ini mengikut kemampuan masing-masing dan yang paling sekali kita bergembira dan sama-sama menghabiskan apa jua kategori larian yang anda sertai dan dalam masa yang ditetapkan.
YASHAAAAA!!!!!!!!!!!!!!!Gambaro Mina!!!!!!!!!!!!!!

7 comments:

Cujie said...

wah secara laju mengupdate blog...
hari-hari nampaknya...

Fairuz said...

itu sudah semestinya, kerana saya ada blog, saya akan update tak semestinya hari-hari, jika ada news cun saya pong updates.

adek dush said...

ironamn 70.3 putrajaya adakah anda sudah bayar?

Fairuz said...

hari ni saya akan membayarnya.

SaifulAzri said...

baguih...semangat saya nak lari mcm ni bila baca blog awak

Abu Soffian said...

Prenggg!!! Prenggg!!!!

Fairuz said...

bagus-bagus, shepon mari kita hidupkan kembali semangat larian dan apa jua sukan yang kita main...
heheheh...
abiyan mesti bole buat PR punya...