Hari ni aku nak cite tentang report larian marathon aku semalam.
Semalam seawal jam 2.00 pagi lagi aku dah bangun dari tido untuk siapkan diri aku ke larian marathon ni. Lepas mandi aku kejutkan ayah aku, sebab dia nak ikut untuk jadi photographer dan bagi moral support pada aku, ait, adik dan abiyan yang akan menyertai larian marathon ni.
Aku tengok adik dan ait dah bangun. Aku capai kunci kereta, masukkan barang-barang dlm kereta dan terus gi ke kedai serbaneka tujuh/sebelas yang bukak 24 jam kat rumah aku untuk beli air kuat aku iaitu minuman pawaroot kurma madu kegemaran aku.
Selalu masa tahun 2005, aku ikut ayah aku punya stail sebelum apa-apa race larian. Dia akan minum 2 botol air livita. Aku pulak minum setin pawaroot. Pagi tu aku breakfast energy bar natural farm perasa almond.
Sebelum pegi aku bagitau kat wife aku, kalau takder arang aku nak habiskan larian marathon aku ni dlm masa 4 jam ke 4 jam 10 minit. Wife aku cakap good luck dan jangan naik teksi ye...
Aiseh, aku cakap " ini kali, abang tak naik teksi, tapi abg naik LRT la kalau bonk". Kitaorang pun gelak dan lepas tu aku pun gerak ke dataran dengan ayah aku.
Adik naik dengan ait dan follow sekali.
Lepas sampai kat dataran dan park kereta, aku pun terus memulakan aktiviti memanaskan badan sambil sembang dengan abiyan, adik dan carik bro mohd noh. Abiyan cakap, takpe nanti lari kita jumpa dia punya la.
Lepas sampai kat dataran dan park kereta, aku pun terus memulakan aktiviti memanaskan badan sambil sembang dengan abiyan, adik dan carik bro mohd noh. Abiyan cakap, takpe nanti lari kita jumpa dia punya la.
jam tangan telah menunjukkan pukul 4.45 pagi dan lepas sesi bergambar kami pun terus masuk ke kandang manusia. Masa tu, hujan sudah turun renyai-renyai bahasa. Tambah sojuk deng dibuatnya.
MC pun announce larian marathon akan bermula dan pom!!, siren pelepasan berbunyi, dan larian pun bermula tepat jam 5.00 pagi.
Aku memulakan langkah larian cantikk dengan penuh berhati-hati sebab laluan basah. Jangan sampai tergolek sudah sebab peserta ramai. Strategi aku pada pagi semalam adalah seperti berikut:-
Aku memulakan langkah larian cantikk dengan penuh berhati-hati sebab laluan basah. Jangan sampai tergolek sudah sebab peserta ramai. Strategi aku pada pagi semalam adalah seperti berikut:-
Larian marathon ada 42km. Aku bahagikan kepada 4 set larian yang mana 3 set awal adalah 10km dan set terakhir adalah 12km. Mental aku set langgar dinding mesti pada km yang ke 35km.
Sebelum lari, aku jumpa Naza kawan sekolah aku dan dia dah cakap, mati kita on the way balik kena makan bukit. amaran itu pun aku dah setkan dlm mental aku.
Sebelum lari, aku jumpa Naza kawan sekolah aku dan dia dah cakap, mati kita on the way balik kena makan bukit. amaran itu pun aku dah setkan dlm mental aku.
Aku akan buat larian 1 jam untuk 10km.
Set 1 (10km)
Lari punya lari, sampailah aku pada km ke 10. Aku tengok jam aku, 57 minit, cantikk, aku masih ikut plan.
Lari punya lari, sampailah aku pada km ke 10. Aku tengok jam aku, 57 minit, cantikk, aku masih ikut plan.
Aku minum air 100+ dan air kosong dan teruskan larian. Keadaan masa masih lagi gelap dan aku berlari setenang angin.
Set 2 (20km)
Masa km ke 18, aku jumpa abiyan dan tegur dia, abiyan angkat tangan. Aku pun teruskan larian bersahaja aku ke water station pada km 20. Aku berenti munim 100+ dan air kosong dan terus memulakan larian kembali. Aku tengok jam aku, 1jam 57 minit, cantikk set kedua iaitu 10km kedua aku masih bawah 1jam. Confident aku makin bertambah.
Set 3 (30km)
Masa km ke 27, aku jumpa zul hasan @ triathele cap ayam. Masa tu kat depan pavillion. Aku teruskan larian aku ke km 30. Sampai kat water station km 30, aku berenti minum air kosong dan makan pil kuat aku. Awek yang bagi air tu tanya, pil apa tu bang? aku cakap pil garam galian, dia senyum je. Aku minum air 100+ sebelum lari balik. Aku tengok jam aku, 2 jam 57 minit. Terus aku tersenyum, wahhh, ini sudah cantikk kalau takder aral confirm bole habis dlm 4.00 jam. Kalau ada aral sekali pun bole kot habis dlm 4 jam 10 minit atau 15 minit. Aku memulakan larian aku kembali ke set yang terakhir.
Set 4 (42km)
Pada km 35, kesialan sudah berlaku. Masa tu kat lebuhraya mahameru, seperti cakap Naza, bukit babi telah sedia menanti untuk di daki. Masa tu aku lari sikit dan aku jerit "babi la, orang dah lari 35km, penganjur kau bagi bukit panjang plak time-time nak habis ni, sial, anjing sohai!!!" Runner sebelah aku man, gelak, dia pun cakap, takpe bro kita jalan sampai atas sana.
Maka bermula sesi big walk aku, masa tu aku tak peduli dah timing aku. Aku lari, jalan, lari, jalan.
Kepundikkan semakin menjadi-jadi!!!
Naik pulak ikut wisma tani, seperti kata adik suffer like cock!!!, aku menyumpah, turun kat JKR aku start lari sampai kat DBKL. Aku dapat rasa depan ni mesti ada satu lagi hal sebab nak kena u-turn. Dari situ, aku lari + jalan tak sampai-sampai pun signboard u-turn. Sampai la last sekali depan lorong sebelah bangunan eon bank, baru aku nampak signboard u-turn tu. Mahh aiii, jauh giler u-turn, babi punya penganjur, baik kau letak je, sign board u-turn tu kat chokitt. Sambil lari bole usha pondan ke ayam ke, sohai!!!. Pondikk!!!.
Habis u-turn, aku kumpul balik segala kekuatan kat kaki, 2 power gel dah aku telan, kau sedut nafas dlm-dlm dan aku tengok jam aku, 4 jam 28 minit. Ok, aku setkan mental aku, untuk sprint sampai garisan penamat. Pom!!, masa tu dah kat kedai karpet belah kanan aku nampak traffic light dataran, apalagi gua terus lari la, aku setkan dlm mental, aku kena habiskan sebelum 4 jam 40 minit.
Akhirnya, aku sampai ke garisan penamat, masa nak sampai dengar suara Hana, panggil aku, dan catatan masa aku mengikut jam aku menunjukkan 4 jam 34 minit. Aku sempat tengok finishing time penganjur, 4 jam 35 minit. Ok la tu, yang penting aku sampai tanpa cedera dan time ni sama dengan time aku buat marathon KL masa tahun 2005. Alhamdullialah.
Habis, terus gi ambik medal dan finisher t-shirt jumpa adik, carik ayah, tunggu abiyan dan ait, support bro mohd noh masa dia sampai kat finishing line, pastu balik.
Keputusan peserta marathon Standard Chartered 2009:-
1. adik dus - 4 jam 19 minit.
2. aku - 4 jam 34 minit
3. abiyan - 4 jam 42 minit
4. bro mohd noh - 5 jam 20 minit
5. ait - 5 jam 40 minit
Tahniah kepada semua terutama yang pertama kali masuk larian marathon ni, dan lepas ni kita kena training kuat lagi untuk tahun depan supaya kita dapat mengelakkan segala kesialan dari berlaku.
Aku dengar gak, ramai orang komplin pasal larian marathon standard chartered ni, apasal buat bukit time last fews km, pada hal dlm runner guidebook penganjur tulis runner will enjoy flat dan beautiful scenery of KL. Pacer pakai belon pun tak nampak pun. Lu orang biar betul...


Nasib baik medal cantik. Tahun depan masuk masuk lagi.
Yashaaa, gambar masa gua lari aku gua upload sikit masa lagi....
4 comments:
hebat!!! teringat plak kat air poweroot. kat sini xde. 100plus pun xde. sob sob sob....
haiyaaa...wa suffer like kok...
tiu lia ma sohai punye otakgone(octagon)...km 38 air sudah abis...lagi mau suruh lari 2km baru ada air...
alamak....korang memang power la
hahahaha....takper brader-brader semua kita bole training lagi...
shepon:kat UK mesti ada ginseng UK, kasi minum cukup, bole saya order kankong awak tak, mau rasa kangkong UK la, hehehe..
adek: suffer like kok meh, cannot run with pia face la, hailooooo...
abiyan: abiyan memang power la...raja bukit, kita semua sudah mau mampus, abiyan steady jer..
Post a Comment