Adehh, disebabkan aku kena jimat sikit duit, terpaksa la tak masuk Putrajaya 70.3 Ironman ni. Untuk PD Triathlon pun tak dapat join jugak sebab ada kenduri kat kampung mak mentua.
Takpe la takder hal punya, bole training kuat lagi.
Takpe la takder hal punya, bole training kuat lagi.
Minggu lepas aku dah kena demam. Lari nak buat 34km semalam pun tak bole, dapat lari + jalan dalam 2 jam 40 minit je. Itu pun dah penat giler. Badan belum recover dah nak buat long run. Nasib baik aku tak pengsan. Ini hari badan dah rasa ok balik, Alhamdullillah.
Kunci rumah aku pun dah ambik. Sekarang dah nak kena start plan untuk kerja-kerja mendekorasikan rumah. Hehehe...
Hari ni aku nak gi swimming malam ni lepas opis, kat Bukit Jalil. Pastu nak kayuh buat 8-10 pusingan kat area rumah aku.
Jadual yang aku plan untuk minggu ni supaya aku tak bonk lagi :-
Isnin (8 Jun 09)
8.00 mlm - 9.00 mlm : Swimming kat Bkt Jalil
10.00 mlm - 11.30 mlm : Kayuh buat 8-10 pusingan ( 40-45km)
Selasa (9 Jun 09)
Selasa (9 Jun 09)
8.00 mlm - 10.00 mlm : Lari
Rabu (10 Jun 09)
8.00 mlm : Swimming, Bkt Jalil
Khamis (11 Jun 09)
8.00 mlm : Lari
Jumaat (12 Jun 09)
10.00 mlm : Kayuh (45-50km)
Sabtu (13 Jun 09)
7.30 am : Kayuh (60km)
Ahad (14 Jun 09)
5.30 pagi : Lari, Lake Garden
So far aku rasa badan aku dah semakin ok, takder rasa sakit ke apa ke... So ni aku punya plan untuk minggu ni...
Persiapan untuk KL Marathon dah semakin ok, cuma aku nak buat lari 2 dan 3 jam lagi sekali kat area rumah aku, repeat balik masa 15km dan semalam aku bonk. Mana bole bonk lagi...
4 comments:
mana mau kayuh ini sabtu?
Jom kayuh ngan Ah Wong...jom!
gulp...
kita follow plan abiyan, gi perez dari rumah.
Training dgn ah wong nanti dulu...hehe
Post a Comment