Thursday, July 2, 2009

Post Mortem untuk Standard Chartered KL Marathon 2009

Selepas berlari bagai nak gila utk KL Marathon ahad lepas, maka tibalah masanyer utk buat post mortem. Ada beberapa perkara yang boleh aku ambil perhatian dalam memastikan badan dan tahap prestasi aku sentiasa tip top.

1. Sepanjang aku berlatih, aku dapati, kalau aku setkan mental aku utk nak improve timing sendiri, aku dapati diri aku lebih aman dan tenteram bila berlari sebab tak payah nak beat sesiapa, cuma diri sendrik. Itu yang aku buat masa lari marathon tempoh hari. Aku tak kisah sapa nak pecut dulu, yang penting aku kena lari ikut pace aku iaitu 10km dlm masa 1 jam.
Aku lari dan kadang kala aku nyanyi, aku menikmati pemandangan semasa aku lari, sambil tengok org sekeliling aku lari. Aku tak rush sebab aku tau masa banyak.

2. Semenjak aku start training triathlon, aku dapati aku dah takder masalah sakit pada lutut. Tak macam tahun 2005, 2006 dulu masa aku start lari. Memang masa tu aku laju, 10km aku kalau race kat dataran merdeka, PR aku ialah 48 minit. Manakala utk tahun 2006, GE 30k, PR aku 2 jam 24 minit dan Subang Jaya 10km tahun 2005, PR aku 40minit. Memang aku laju, tapi lepas 3 bulan aku tersadai kat rumah, lutut sakit nak jalan pun susah. Habih segala glucosamine aku makan, baru ok.

Sekarang bila aku start training triathlon, ada bike work out dan swim work out, aku rasa muscle kaki aku dah strong. So, sekarang ni, aku kena banyak lagi buat bike work out, main bukit banyak sikit. Utk persiapan marathon yang seterusnya inilah formula aku.

3. Hmmm, race yang berikutnyer ialah Putrajaya 70.3 Ironman Triathlon dlm bulan julai ni. Swim aku dah semakin improve, cuma aku nak buat bike work out lagi. Utk larian dah cukup cover sempena marathon tempoh hari, cuma sekarang ni aku kena buat brick work out sikit.
Brick work out ni aku dapati, bole improvekan training larian sebab, lepas basikal, kena lari pulak, nilah yang menentukan pada km ke 39 dan 40, aku masih ada power tak lagi utk lari ke garisan penamat.

4. Aku akan cuba training menggunakan air yang sedikit, tapi aku akan pastikan aku tak dihidrasi. Masa SCKLM 09 tempoh hari, kesian.....ramai runner jadi kong sebab si penganjur bodoh tu dah kehabisan air. Mangkok punyer penganjur, Octagon bodoh!!!!!

Octagon adalah company yang bertanggungjawab menganjurkan SCKLM 09 ni. Ramai org complain, si octagon bodoh ni, kehabisan air la, toilet lepak kat seberang jalan la, dan yang paling aku terkejut, bila aku cuba browse utk tengok time dan position aku kat website kl-marathon.com, diorang tulis, "runner with bib no 201(bib no aku), not found".

Apa ke pundikkkk, octagon bodoh!!!!!!!!

Disebabkan penganjur bodoh macam ni, aku kena training dengan sedikit air, sebab takut bila race nanti, si penganjur yang bodoh macam ni tak sediakan air atau air dah habis.

Tapi nak aku ingatkan pada semua runner yang baca blog aku ni, setiap kali race larian, kita semua kena bawak sikit duit dlm RM5 - RM10. Bukannyer apa, kalau penganjur bodoh kehabisan air, bolelah kita beli kat kedai minyak atau apa saja kedai yang kita jumpa.

Kalau route larian tu takder kedai, kita kena lari dengan fuel belt dan sebagainya supaya kita bole bawak air kita sendrik utk back up.

Ini merupakan antara benda yang aku notice sebagai panduan aku utk training dan race pada masa depan. Aku harap lepas ni benda-benda macam ni tak berlaku lagi dan aku akan lebih bersedia utk menghadapi situasi begini.

1 comment:

adek dush said...

waaaa kuat training nampak
hehe :P