Wednesday, August 26, 2009

Bulan Ramadan yang sejuk

Syukur Alhamdullillah, dah 5 hari puasa, boleh dikatakan setiap petang mesti hujan. Tidur malam sejuk jer. Cuma je, petang balik opis, jalan mesti jem. Minggu ni budak-budak cuti sekolah, tapi jalan masih jem. Biasalah KL. Kalau malam hujan, aku tak training cuma buat core work out saje. Kalau tak hujan , aku akan keluar jogging ke atau kayuh basikal. Semuanya lepas solat terawih. Kalau tak, aku tido.

Aku dah kena standby start minggu ni sebab wife dah hampir due. Doktor kata usia kandungan dah 36 minggu. Semua aktiviti aku buat kat rumah dan kawasan sekitarnya. Masa jogging dan kayuh, bawak handphone.

Training swimming aku kena cut sikit. Tapi bila tengok time, aku yakin bole habis swim 1.9k dlm masa 1 jam 10minit. Itu yang best bila masuk race ada cut off time. Confirm mengelupur nak habiskan sebelum time.

Untuk Putrajaya 70.3, aku masih dalam training mood. Semua ok. Powerman dah register dan bayar. Bila dah lama tak race, rasa gian tetiba muncul. Kadang-kadang aku terpikir, bila la next race ni. Itu yang best bila dapat race, kita akan tau kemampuan diri. Tahun depan bole repeat utk tengok bole improve time ke tak.

Race tetap race, dia punya fee mesti mau tengok, kalau mahal giler dan jauh aku tak masuk. Kena budget sikit. Best betul dapat training dan race.
Aku bagitau abiyan dan adik, mari kita tengok sampai bila kita bole kekalkan prestasi macamni. Training, race, training dan race. Bila kita training dan race, badan pun sihat dan fit. Takder la jadi si gemuk.

Aku akan jadi bapa (InsyaAllah) raya ni, aku cakap kat wife, aku akan pastikan badan aku dan performance aku semakin lama semakin cun. Sapa taknak naik podium betul tak. Bagi golongan yang macam aku ni, training dan race memang penting dalam hidup. Badan mesti sihat dan fit.
Sekarang dah masuk 6 hari puasa. Semalam aku timbang berat dah cecah 59kg. Cantik, sikit lagi boleh dapat 56kg.

Bila puasa, perut takder plak angin ke kembong ke. Itu yang bagus bila puasa ni. Dapat pahala dan kesihatan.

Zakat fitrah aku tahun ni ialah RM21, aku, wife dan bakal baby. Zakat fitrah bayar lebih pun takpe, utk fakir miskin.
Amal ibadat pun mesti mau lebih beb, baru hidup tenteram.

4 comments:

adek dush said...

huish powerman masuk ka?
kuat training nampakkkkk...hehehe

Fairuz said...

mesti la masuk dikk..

Jaja Shah said...

wah zue dah nak due, semoga semuanya selamat. sms bila dah time yea

take care to both :)

Fairuz said...

Yes I will,thanks jaja, u too take care..