Syukur alhamdullillah Muhammad Faris Iqbal dah masuk hari ke 6. Pagi ni nurse dari Klinik Ibu Bersalin Cheras Baru datang untuk periksa zue dan baby faris. Sekejap je diorang periksa, semua ok. Zue hari ni dah masuk hari ke 3 mengurut kat rumah mak aku ni. Zue pun nak ok sikit, tetapi masih dalam proses recover.
Pagi tadi aku lari sikit dlm 30 minit. Petang ni nak buat 45 minit pulak. 2-3 hari ni cuaca pun ok, so malam ni bole kayuh 1.30 jam.
Pagi tadi aku lari sikit dlm 30 minit. Petang ni nak buat 45 minit pulak. 2-3 hari ni cuaca pun ok, so malam ni bole kayuh 1.30 jam.
Aku dengar rumor kata Putrajaya 70.3 mungkin kena postponed lagi. Aikk, biar betul. Race tinggal lagi 4 minggu tapi bike and run course pun tak upload lagi. Apa sudah jadi Liem. Hehehe... Tapi belum confirm lagi.
Persiapan menjelang raya pulak amacam geng? Tahun ni aku, zue tak beli baju raya pun. Baju tahun lepas pun ok lagi, bole pakai lagi. Zue pun sama gak. Baby faris baju memang kitaorang dah beli siap-siap, tunggu nak pakai je.
Start semalam kita dah tinggal 10 malam terakhir. Kasi balun betul-betul la terawih tu, baca al-quran, doa, solat sunat semua kasi pulun. Malam lailatuqadar bakal ditemui oleh sesiapa saja. Yang penting amal ibadat mesti cantik. Untuk membolehkan kita berjaga malam, maka kita mesti menaikkan metabolisme kita. Untuk menaikkan metabolisme kita kena la buat latihan fizikal.
Aku suka bila training masa malam ni bukannya apa, lepas training confirm aku takleh tido. Haaa, memang sesuai bila dah tiba 10 malam terakhir ni. Aku ingat aku nak cuba cara ni dan tengok pukul berapa aku bole tido. Masa tu la bole baca al-quran. Macam aku, aku baca tafsir al-quran sebab lepas baca sesuatu ayat, terus baca maknanya, baru la faham.
Aku nak cuba kekalkan macam ni selepas bulan ramadan dan bulan-bulan berikutnya. Satu hari aku baca 1 muka surat. Tafsir yang mak aku belikan untuk aku ni bagus, sebab di bahagian belakang dia ada pengertian/tafsiran untuk sesuatu surah tu. Bila baca baru aku faham. Sekarang ni aku dok syok hafal surah dan maknanya. Bila sembahyang baru aku faham apa yang aku baca.
Sebenarnya perkara-perkara macam ni semua mak dan ayah aku dah didik aku masa kecik lagi tapi biasalah nakal tak dengar kata. Kadang-kadang buat kadang-kadang tak.
Macam sekarang ni alhamdullillah aku rasa nak buat balik semua amalan-amalan yang baik ni. Sebelum aku jalan, baik aku siapkan bekalan dulu.
Takder lah asyik consentrate fizikal training je. Batin pun mesti mau training jugak. Barulah seimbang.
Training dan race tetap diteruskan bagi menjaga kesihatan badan supaya bila dah berumur takder lah sakit-sakit yang serius. Umur aku dah 30 tahun. Jantung semua mesti mau jaga. Sama dengan ibadat sebab hidup ini adalah sementara, akhirat juga tempat kekal abadi. Pehh, macam ustaz la gua.
Pengalaman so far menjadi bapa ni, syok jugak rasanya. Sekarang bila wife call atau sms jer, mesti suruh beli pampers ke, baby wipes ke hehehe...Nanti bila faris dah besar kena beli susu pulak. Iyalah dulu masa kita kecik, mak dan ayah jaga sekarang bila kita dah besar kita bukan saja kena jaga anak, malahan kena jaga ibu bapa, keluarga, sanak saudara, etc.
-bila dah start taip laju, mesti ada tersilap spelling-
2 comments:
fuhhhhh....alhamdulillah
tahniah to both of you...
dapat tahu good news ni pon dari wak lan...
selamat berpantang to your wife
Post a Comment