1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (Penjahat berpontensi untuk menggunakan anak-anak sebagai tebusan mereka).
2. Kunci atau sorokkan pisau-pisau yang berada di dapur. (Menurut polis, penjahat akan mencari pisau-pisau ini dahulu bagi tujuan utk mempertahankan diri mereka sebelum mencuri.)
3. Sekiranya terdengar atau terlihat paip air terbuka pada tengah malam iaitu pukul 12 ke atas, jangan keluar rumah berseorangan kerana ini merupakan taktik terbaru penjahat untuk merompak di mana mereka telah bersembunyi di luar pintu rumah bagi menunggu penghuni membuka pintu. (Kes ini terjadi di Dungun dan PJ)
4. Beritahu pada anak-anak jika hendak ke tandas di waktu tengah malam supaya kejutkan ibu bapa bagi menemankan mereka.
5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama).
6. Bawa alarm kereta sekali semasa hendak masuk tidur dan letakkan disebelah tempat kita tidur. Apabila terdengar bunyi aneh di luar rumah atau di dalam rumah tekan butang alarm yang ada pada kunci kereta kita itu bagi menakutkan pencuri. Dengan cara ini pencuri akan tahu yang tuan rumah belum tidur.
7. Jikalau ternampak orang asing yang mencurigakan di kawasan perumahan kita catatkan no plat kereta/motor mereka ini. Tanda-tanda mereka mungkin pencuri ialah apabila kita lalu di depan mereka, mereka akan menundukkan muka.
8. Pesan kepada jiran supaya tidak terus percaya jika ada orang yang tidak dikenali meminta kunci rumah kita bertujuan utk mengambil barang atas arahan kita. Sebaliknya tinggalkan nombor telefon bimbit dan pejabat kita kpd jiran kita supaya mereka boleh periksa dgn kita dahulu.
9. Pastikan telefon bimbit serta cordless phone atau pasangkan satu talian telefon di dalam bilik tidur kita supaya memudahkan kita membuat panggilan kecemasan jika kita rasa ada penjahat di dalam atau luar rumah.
No comments:
Post a Comment