Wednesday, October 7, 2009

Ironman 70.3 Putrajaya race report

Aku kat garisan penamat dengan catatan masa 7 jam 12 minit 19 saat

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada bron-bron aku yang ambil bahagian dalam IM 70.3 Putrajaya tempoh hari.

Pertama sekali adik bongsu aku sebab telah berjaya menjuarai kategory 19-24 tahun. Power beb no 1 tu. First in the family aku yang menang untuk sukan Ironman 70.3 Triathlon ni. Adik menang slot ke World Championship Ironman 70.3 di Clearwater Florida tapi dia tak pegi. Ada final exam katanya masa tu.

Adik berlari pantas menuju ke garisan penamat dengan catatan masa 5 jam 30 minit 31 saat

Kedua abiyan sepupu aku, sebab telah berjaya mencatat personal best time untuk sukan Ironman ni. Abiyan merupakan first ahli keluarga aku yang dah buat 2 Ironman Langkawi berturut-turut. Tapi yang buat aku bangga dengan dia ialah setiap kali dia buat Ironman dia telah mencatat personal best baru termasuklah Ironman 70.3 ni. Power bron ni. Aku pun kalah dengan dia ni. Abiyan bakal menjadi juara baru untuk kategory 30.34 tahun.

Abiyan dan Hana di garisan penamat dengan catatan masa 5 jam 45 minit 39 minit

Ketiga ait. Aku bangga gak dengan adik no 2 aku ni. Dia banyak improve, renang dan kayuh lebih laju daripada aku. Aku kalah dengan dia masa Ironman 70.3 ni.

Itulah bron-bron aku yang memang power-power belaka. Kami akan masuk race sama-sama dan compete sama-sama.

Dari kiri ait, abiyan, adik champion dan aku

Sekarang aku nak komen tentang performance aku dan penganjuran Ironman 70.3 Putrajaya ni.
Dengan kesibukan aku dan isteri menanti kelahiran bayi sulung kami, sedikit sebanyak training aku ada miss jugak. Pastu dalam bulan puasa aku ada train sikit. Aim aku untuk cuba habiskan race dalam masa bawah 7 jam. Target tak achieve, aku tersasar 12 minit dan 19 saat. Tapi secara keseluruhannya masa race dari start berenang pastu kayuh basikal dan akhir sekali lari, aku tak rasa bong. Penat memang ada tapi aku rasa relaks.

Berbeza masa first time dalam tahun 2007 aku dan shepon buat Desaru Long Distance Triathlon. Masa lari rasa penat cam nak mampus dan juga masa aku buat Powerman tahun 2007 rasa sama gak masa 2 run tu. Muka memang koyak habis. Tapi sekarang aku rasa endurance dah ada dan badan aku pun dah biasa dan sukan lasak ni jadi takder masalah. Cuma sekarang aku kena buat banyak lagi long run, long ride, hill dan speed work out. Paling penting lutut aku ok.

Swim 1.9km : Aku target aku habiskan swim bawah 1 jam. Tapi actual time aku buat 1 jam 4 minit 4 saat. Cut off time ialah 1 jam 10 minit. Masa swim aku takder masalah cuma navigation ada sikit confuse. Kejap-kejap termasuk laluan kayak. Bouy dia pulak dari satu ke satu aku rasa ada dalam 200 meter. Gabra gak aku takut tak sempat. Nasib baik.

Bike 90.1km : Part ni memang celaka. Dah la sign board bagi aku confuse, meter aku tunjuk 82km jer. Ada tiga loop besar ke buat dan 2 loop kecik. Aku sudah miss loop kecik 2 kali. Malas nak komen lagi pasal ni takder mood. Time aku 3 jam 9 minit 37 saat.

Lari 21km : Larian merupakan acara kesukaan aku. Tapi bila tau dah buat silap terus takder mood. Aku lari jugak untuk nak dapatkan pengalaman. Masa depan boleh baiki part mana yang silap. Time lari aku 2 jam 49 minit 46 saat.
Aku sekeluarga siap ada penyokong yang terdiri daripada kak wati dan hana, yenni dan baby el, kak ida, na dan nazri. Terima-kasih kepada semua kerana telah datang untuk memberikan sokongan kepada aku, abiyan adik dan ait.
aku masa time body mark

tengah rendamkan kaki dalam air

Dari kiri abiyan, aku, adik dan zul.

Masa time kayuh

para penyokong kami, dari kiri yenni, kak wati, kak ida, farah, hana dan nazri.

Tahun depan kita race lagi yahoo!!!, harap-harap registration fee tak mahal la...

4 comments:

Abu Soffian said...

Prenggg...Prengggg...Jom Klawang esok!!!

adek dush said...

yahoooo....race da abis...
tahniah kepada diri sendiri...terima kasih bron2 semua

Fairuz said...

tahniah kepada bron sekalian dan congrat kpd new champion adik and new champion in the making abiyan

SaifulAzri said...

cooool!!!!