Wednesday, December 30, 2009

Jalan-jalan Kenduri Khawin - Wang Kelian - Satun - Penang - KL

Fuhhh, lega rasanyer bila dah sampai KL. Hari Jumaat lepas, aku, Zu dan Faris telah pergi ke Changlun, Kedah utk menghadiri majlis kenduri kawin, kawan baik Zu. Kitaorang bertolak jam 10.00 pagi dari Kajang dan sampai ke Changlun, Kedah jam 7.00 malam. Macam biasa aku kalau drive jauh camni, aku bawak pun paling laju tekan sampai 100 jer. Malas nak tekan lebih takut kena speed trap. Pit stop ada beberapa tempat gak. Cuaca panas, pastu hujan pastu panas balik.

Alhamdullillah Faris tak meragam. Faris memang suka kalau bab berjalan. Happy jer dia, nangis pun sebab nak susu.

Yang tak best nyer, cuaca kat Kedah, Bukit Kayu Hitam, Wang Kelian dan Satun Thailand memang panas. Kesian aku tengok Faris. Bila aku dukung dia, dia tidur jer.

Nampaknyer trip aku dan Zu ke Langkawi bulan Februari 2010 ni tak bole la bawak dia. Langkawi memang panas betul. Aku takut nanti dia demam. Hari ni pun dia dah batuk sikit dan selsema. Malam ni nak bawak gi jumpa doktor.

Rumah kawan Zu ni kat Changlun. Mak aii, perjalanan memang jauh. Pagi Sabtu tu, utk menghilangkan kebosanan aku pun jog le dari hotel yang kami sewa iaitu T Hotel, lari ikut tepi highway ke satu tempat komplek star five, iaitu macam bazar bebas cukai dan perhentian taxi utk ke Hatyaii. Dapat la dlm 50 minit.

Mula-mula cadang nak lari sampai Bkt Kayu Hitam, jarak nyer pegi balik dapat 16km, tapi memandangkan hari tu nak kena hadir kenduri kawin, jadi aku batalkan saja plan tu.

Lepas pegi kenduri kawin, kitaorg sempat pegi Bkt Kayu Hitam. Takder apa pun kat komplek kastam tu. Habis jer merewang kat situ, kitaorg terus belah pegi Jitra utk bermlm di rumah abg ipar aku.

Besok nyer plak, hari Ahad, cadangnyer nak blah dari Jitra jam 9.00 pagi tapi terpaksa tukar plan sebab abg ipar sudah ajak pegi Wang Kelian, Perlis. Tempat ni dekat sempadan Perlis-Thailand. Abg ipar aku ajak kitaorg pegi sana sebab setiap hari Ahad dari jam 7.00 pagi sampai pukul 1.00 tengahari, rakyat Malaysia bole masuk Thailand iaitu ke Satun tanpa perlu passport dan pass sempadan. Jarak perjalanan dari Pekan Jitra ambik masa lebih kurang 1 jam, ikut Cuping. Wang Kelian ni, org Thai panggil Wang Prachan. Masuk jer komplek imigresen, tunjuk My card dah sampai satu tempat nama Satun. Aku tengok tempat ni macam pasar pagi. Banyak barang murah-murah. Zu sempat sambar toto king size, dan dua tiga barang lagi.

Pastu dlm pukul 1.00 tengahari, kitaorg bertolak balik Jitra. Sampai pun dlm pukul 4.00 petang dan terus kemas barang, gerak ke Penang.

Sampai Penang dah malam, cari budget hotel, check in, gi makan kat gurney drive, balik tido utk rehatkan badan. Betul punya adventure aku, Zu dan Faris hari ni.
Besok bangun pagi, breakfast, check out terus lepak kat Bkt Bandera. Dah lama aku tak naik Bkt Bendera ni. Beli tiket naik cable car, sampai atas ambik gambar, makan ais kacang kak nor, lepak-lepak pastu turun. Bkt Bendera akan ditutup pada bulan Februari 2010 ini utk kerja-kerja menaiktaraf perkhidmatan cable car.
Aku, Zu dan Faris sempat pegi Bkt Bendera jer, hari ni dah nak petang, kitaorg bertolak balik KL dari Penang dlm pukul 3 lebih. Lain kali la dtg Penang dan round satu Penang.
Syok gak bila sesekali bercuti macam ni.

No comments: