Monday, December 14, 2009

Kesibukkan di hujung tahun

Tahun 2009 akan meninggalkan kita beberapa minggu lagi. Dalam minggu-minggu macam ni, kebanyakkan orang semua dah ambik cuti hujung tahun. Aku pun sama gak. Race aku cuma tinggal 1 saja tahun ni iaitu Malakoff 12km Run. Tahun ni aku tak register, cuma lari geli-geli jer.

Sekarang ni aku tengah pilih race untuk tahun depan. Kebanyakkannya sama. Ada yang dah bagi tarikh, ada yang belum.

Race yang aku dah memang plan nak masuk utk tahun depan setakat ini :-

Januari

1. 17 Jan 2010 - New Balance Pacesetters 30km. Tempat penganjuran telah bertukar. Tahun 2010 Pacesetters buat larian ni di Kompleks Kolam Renang Awam, Precint 6, Putrajaya.
Menarik tu!!!

Februari

1. 6 Feb 2010 - Putrajaya Night Marathon. Bertempat di hadapan Komplek Mahkamah Putrajaya dan start larian pukul 8.00 malam, memang cun. First time marathon dianjurkan pada sebelah malam. Confirm aku masuk, pengalaman yang menarik ni, lari 42km sampai tengah malam buta.

Aku masih menunggu tarikh untuk Putrajaya Ironman 70.3 2010, Powerman Malakoff Seri Manjung 2010, KL Marathon 2010, dan Triathlon Uncle Chan terutamanya Port Dickson International Triathlon 2010.

May

1. 16 May 2010 - New Balance Pacesetters 15km Run.

Aku mungkin masuk beberapa race 10km untuk speed workout. Larian Bomba ke, Polis ke, kalau tak clash dengan race favourite aku, mungkin aku akan join.

Kasi kumpul medal dan buat PB untuk race-race ni semua ialah objektif aku.

2 comments:

QuickSport said...

Bro... already charting your 2010 blue print for the sports ;) IM 2010?

Fairuz said...

hehehe...it just my 2010 plan bro, IM 2010 not yet..