Tuesday, January 5, 2010

Tahniah kepada Na dan Nazri

Selamat tahun baru 2010 kepada semua. Apa azam anda semua?. Diharap tahun ini kita semua akan beroleh keberkatan dari Allah SWT dan dilimpah rezeki yang berlipat kali ganda.

Tahun 2010 bermula dengan cemerlang apabila Na, adik aku yang ketiga telah selamat melansungkan perkahwinan dengan pasangannya Nazri pada 1/1/2010, majlis nikah dan 2/1/2010 majlis kenduri. Majlis nikah bertempat di rumah kami di Taman Kencana, Ampang manakala majlis kenduri bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz JKR KL. Majlis kenduri diadakan secara bersama dengan pihak lelaki.

Kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabulkan oleh ayah aku sendiri, Tuan Haji Mohd Akhbar Bin Haji Yahaya pada pukul 3.20 petang, 1 Januari 2010.
Majlis kenduri cukup meriah dengan kehadiran sahabat handai, rakan taulan saudara mara kedua dua belah pihak.

Abg Cha sekeluarga ingin mengucapkan tahniah di atas perkahwinan Na dan Nazri hari Sabtu lepas (2/1/2010). Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu, murah rezeki dan dapat timang cahaya mata secepat mungkin.


Nazri, jangan gabra brader...

Kelihatan Na di belakangAyah menikahkan Nazri dan Na
Alhamdullillah, dengan sekali lafaz Nazri sah menjadi suami Na dan ahli keluarga baru kami.
Na sekarang dah bergelar isteri orang, tanggungjawab pun banyak tau
Sarung cincin
Aku, sayang, Faris dan Na

Bila Faris dilahirkan, baby El dah naik pangkat. Sekarang Baby El ialah kakak El. Faris jadi Dik Faris.

Na dan Nazri di atas pelamin
Aku dan sayang
Aku, Sayang dan Faris dan adik dan Farah, lepas ni turn korang plak, hehehe...

Perjalanan hidup ni sungguh pantas. Hari lepas kita dilahirkan, pastu membesar, pergi sekolah, masuk universiti, konvo, cari kerja dapat kerja, jumpa pasangan dan kahwin. Lepas tu dapat anak, dan usia semakin meningkat. Banyak kisah gembira yang akan kita tempuhi dari sehari ke sehari. Itulah namanya kehidupan, banyak pengalaman yang akan kita tempuhi. Na pun dah kahwin.
Sebab tulah aku namakan blog aku ni: Fairuz The Journey Begins, blog ni akan merakam segala benda/aktiviti yang aku dan family aku buat. Perjalanan kita baru bermula untuk menuju ke alam abadi. (Pehh, giler falsafah aku ni dan amal ibadat dah cukup ke)
Tahniah sekali lagi kepada Na dan Nazri!!!





























No comments: