Salam semua, alhamdullillah kita dah 14 hari berpuasa. Sekarang ni, confirm semua orang dah biasa. Setakat tak makan & minum takder hal punya. Tapi, masih ada gak orang yang tak puasa. Kalau budak kecik yang masih dalam proses nak belajar puasa tak kisah la kan. Iye la, kata baru nak belajar berpuasa. Ini bapak budak dan remaja. Dah la tak puasa siap merokok lagi.Pastu siap bangga plak tu. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka.
Satu lagi cerita pasal mercun. Berita semalam sebuah rumah kat Kuala Terengganu musnah dalam letupan mercun. Katanya rumah tu jadi tempat simpanan mercun sebelum dijual kepada orang ramai. Seorang budak kecik terpelanting setinggi 15 meter dan tersangkut kat atas pokok... meninggal.... Dua lagi remaja cedera parah.
Hari ni dalam berita seorang budak sekolah rendah hampir putus jari dek kerana main mercun. Setiap tahun cerita ni pasti keluar berita. Insaf-insaf la, badan, nyawa nak pakai lama. Yang hairannya masa chinese new year takder pulak anak-anak cina putus jari ke terbakar badan ke.. Orang melayu, budak melayu juga la yang banyak cedera dek kerana mercun. Insaflah adik-adik....
No comments:
Post a Comment