Thursday, August 5, 2010

Standard Chartered KL Marathon 2010

KL Marathon tahun ni disponsor oleh Standard Chartered. Ramai runner ambil bahagian. Acara pun banyak dari lari 3km sampai 42 km.

Tahun ni aku masuk full marathon dan sayang aku masuk 10km.First time sayang aku masuk acara larian ni. Untuk event ni je, kitaorang train dlm 3 bulan.Setiap Jumaat dan Sabtu aku latih sayang aku ni.

Masa hari event tu, pepagi dah hujan lebat. Event aku start pukul 5.00 pagi manakala event sayang aku start pukul 7.00 pagi. Faris, kami tinggalkan dia pada mak uda dia. Seronok mak uda jaga faris.

Sampai jer kat Dataran Merdeka, aku pun bersiap sampai tunggu Ariffin. Wife aku dia tidur-tidur sikit dlm keta.

Ariffin sampai kitaorang pun start le lari.

(Sayang berlari ke garisan penamat)

Seronok sayang dapat habiskan larian 10km ni. Dapat medal lagi tu.

Dia cakap kat aku nak masuk lagi larian-larian macam ni.

Bagi aku tahun time marathon aku tahun ni tak berapa cantik tapi alhamdullillah dapat habis. Siap kaki aku blister lagi. Nasib baik dah dekat nak habis.

(Sayang selamber jer lari 10km)

Aku habiskan larian marathon aku dlm masa 5 jam 21 minit.

Medal dapat macam biasa dan finisher t-shirt pun cantik.

Secara keseluruhan tahun ni pihak penganjur telah mengajurkan acara dengan baik. Medal cantik, air untuk runner pun cukup. Wife aku happy sebab dia cakap air memang banyak.

 Tahun depan kalau takder aral aku akan masuk lagi larian ni untuk buat revenge. Wife aku pun sama gak. Dia nak masuk lari larian 10km ni.

Medal cantik, goodies pun ok la walaupun tak banyak barang dan paling penting sayang dapat medal. Bangga aku...




 

No comments: