Hujan yang turun, bagaikan mutiara, setiap hari pagi dan petang dan malam. Trainingku tergendala dek hujan rahmattttt, sungguh sejuk setiap hari.
Pagi-pagi bila aku bangun nak pi keje, bukak jer shower, mak aiii sojuk den... Mandi jugak le..
Fenomena hujan luar biasa ni disebabkan oleh el nino. Beberapa negeri dah banjir.
Setiap hari aku akan training lepas balik keje. Selalunya dalam pukul 8.00 - 8.30 malam aku sampai rumah. Lepas letak dan tidurkan Faris dan beg keje aku, terus tukar baju dan start lari. Dalam minggu ni dan lepas latihan malam aku agak terjejas sebab hujan tapi takpa itu bukan alasan untuk tidak training. Malam ni kalau hujan juga takpa, aku akan berlari di parking lot apartment aku. Training mesti diteruskan.
Aku masih lagi dalam proses nak decide race apa nak masuk untuk tahun 2011 ni. So far, races yang confirm aku nak masuk:-
1. Pacesetters Great Eastern 30km
2. SCKL Marathon 42km
3. Powerman Manjung, 11km lari, 64km kayuh, 10km lari
4. Kemungkinan besar Ironman Malaysia 2011. (Masih lagi menunggu maklumat lanjut utk IMMY ni) - 3.8km renang, 180km berbasikal dan larian marathon 42km.
5. Bareno 21km kat Bkt Jalil
6. PD Triathlon (walaupun aku takut dgn berita diorg jumpa buaya sesat kat PD, nasib baik bukan area/venue Tri PD) - 1.5km renang, 40km basikal dan 10km larian.
Itu yang aku plan dan semua races ni aku belum bayar dan register lagi. Aku plan nak masuk larian kecik-kecik yang murah cam 10km. Walaupun 2010 prestasi aku agak hambar tapi aku berazam utk 2011 ni aku nak lebih aktif cam dulu-dulu nak nak buat PB. Semuanya bergantung pada training. Kena rajin lagi....
Gambar aku masa Powerman Manjung 2010 tempoh hari
Stamina mesti dikekalkan begitu juga kesihatan badan.
No comments:
Post a Comment