Stress atau tekanan, banyak mendatangkan keburukkan kepada kita. Ia akan 'menjangkiti' setiap orang tidak mengira samada seseorang itu fit atau sihat ataupun seseorang itu unfit atau kurang sihat. Dengan erti kata lain stress boleh menjangkiti atlet juga. Seseorang atlet yang menjaga pemakanannya, kesihatannya, kolestrol rendah, peratus lemak badan yang seimbang pun boleh kena stress. Banyak kes atlet kena serangan jantung masa latihan ataupun race.
Terbaru atlet Ironman, Norman Steadler juara 2004 dan 2006 Ford Ironman World Chanpionship sudah menjalani pembedahan jantung di Hospital Universiti Heidelberg. Kepada reader yang tak tau apa itu Ironman, is adalah acara Triathlon yang meliputi berenang sejauh 3.8km, berbasikal sejauh 180km dan berlari sejauh 42.2km. Ironman mempunyai siri di seluruh dunia termasuk Malaysia yang diadakan di Langkawi. Brader Norman ni weapon dia ialah basikal. Kalau Chris Lieto takder, brader ni ada peluang utk menang, itu pun kalau dia boleh kalahkan Macca. Harap2 Norman dapat recover cepat.
Itu atlet yang memang super fit. Ini kita, orang kebanyakkan yang setiap hari rutin harian ialah Isnin-Jumaat, 8.30/9.00 am - 5.30/6.00pm bekerja, exercise sekali sekala, makan macam beruang, memanglah berisiko kena stress. Tambah lagi stress kat tempat kerja menyumbang ke arah risiko sakit jantung.
Apa penyelesaiannya, memanglah ajal maut di tangan tuhan, tapi diri sendrik kena pandai tangani stress. Tidak dinafikan aku pun stress...bloody hell...macam2 benda nak kena handle tapi itulah kehidupan. Kena bersyukur, kena pandai cari alternatif sendrik macamana nak handle stress sendrik. Semua orang stress....
No comments:
Post a Comment