Tuesday, October 2, 2012

Desaru Triathlon 116 & Percutian ke Desaru, Johor

Tahun ni merupakan kali kedua aku masuk race triathlon kat Desaru ni. Tahun pertama pada 2008 dengan brader shepon cousin aku tapi aku berenang tak habis sebab ombak kuat. Tahun ni aku datang dengan persiapan rapi terutama berenang sebab aku menjangkakan ombak kuat.
Sejak tiga tahun lepas Desaru International Triathlon telah diadakan di Lotus Desaru Beach Resort. Alaaa restoran Lotus yang kat tepi KLCC tu. Diorang dah tutup restoran tu dan pindah ke Desaru ni.
Aku datang dengan family dan kami menginap di Desaru Pulai Beach & Spa Resort. Hotel ni bersebelahan dengan hotel macha Lotus.
Sejak tahun lepas Uncle Chan dah rebranding Desaru International Triathlon ni kepada 116 Desaru International Triathlon serta ada cut off time iaitu swim dalam masa 1jam 15 minit dan tempoh masa keseluruhan dari swim ke T1 dan basikal mestilah dalam masa 6 jam.

Desaru Pulai Beach & Spa Resort
***** superb hotel lima bintang. Bilik luas dan aku rasa boleh buat lagi empat guest. Wife dan anak-anak nampak gembira bila kami menginap di hotel ni. Aku dan family check in Hari Jumaat, 21 September 2012 dan check out 23 September 2012. Harga untuk satu malam ialah RM 267 (menggunakan government rate) dan jumlah untuk 3 hari 2 malam ialah RM 534. Hotel memang bersih dan segala kemudahan seperti gym, swimming pool (besar beb), bilik permainan kanak-kanak, video games, dan lain-lain. Pada sebelah malam siap ada live singer lagi tapi dinasihatkan untuk para suami dapatkan kebenaran dari isteri masing-masing sebelum menonton ye....bukannyer apa takut isteri salah anggap. Memang jamu mata tahap 4 kerana singer amoi-amoi hanya pakai top dan hot pant masa nyanyi.
Sesiapa yang berminat boleh check online website hotel ni.

                                    Bergambar selepas race dan sebelum balik
                                    Sayang dan Faris di pintu utama resort

                                 Resort ni memang 5 bintang; sayang adik nur
                            Pool area terbaik, Faris dan adik nur memang happy

Perjalanan ke Desaru

Paling koman pun 5 jam driving brader dari Kajang rumah aku. Satu perjalanan yang membosankan dan panjang bagi aku tapi menyeronokkan bagi wife dan anak-anak. Punyalah excited famili aku. Aku pulak punyalah risau pikir boleh tak aku habiskan races pada hari Sabtu nanti. Untuk ke Desaru sekarang dah boleh ikut highway baru iaitu Senai-Desaru. Tol sehala ialah RM 40 dan ada satu tol pendek....kalau tak silap aku RM3.90. Total pergi balik untuk tol sahaja ialah RM 88.
Petrol pergi sahaja untuk Naza Citra 2.0 ialah RM 80 dan jumlah keseluruhan untuk petrol ialah RM 160. Memang tidak dapat dinafikan untuk trip ke Desaru ia akan menelan belanja hampir RM 1000. Tapi bila lihat keseronokan isteri dan anak-anak berbaloilah korbankan RM 1000 ni. Yang penting famili happy.

116 Desaru International Triathlon 2012

Secara ringkasnya, alhamdullillah aku dapat menghabiskan race sebelum cut off time. Walaupun timing tak cantik iaitu 8:47:03 tapi mission accomplish. Finisher t-shirt, complimentary t-shirt dan medal cantik. Tambah satu lagi dalam koleksi peribadi. Timing aku merosot kalau nak dibandingkan dengan timing Putrajaya Half Ironman 2009 iaitu 07:46:00. Takper bole train lagi. Race ni memang aku kategorikan type A race sebab memang puas hati lebih2 lagi kalau training cukup.
Selepas race terus aku balik hotel dan order makanan dari bilik. Memang tidak menghampakan aku sekeluarga...makanan diorang memang sedap.
Selain dari masuk race aku dan famili pergi bercuti. Memang puas hati percutian kitaorg. Insyallah akau ada rezeki lebih tahun depan aku nak masuk lagi Desaru Triathlon ni untuk improvekan timing personal.
Next race aku Powerman Putrajaya pada 04 November 2012 ni.

No comments: