Pada 20 Disember 2008 yang lalu, saya bersama isteri, zue telah melawat Aquaria KLCC. Untuk masuk ke Aquaria ini, kita hendaklah membawa MyCard supaya mendapat discaun kemasukkan. Bayaran yang dikenakan kepada pengunjung ialah RM 28 untuk seorang dewasa.
Uniknya Aquaria KLCC ialah, ia merupakan pameran kepada pelbagai spesies ikan air tawar, air masin serta pelbagai spesies haiwan amfibia dan ular.
Antara yang menarik minat kami ketika melawat Aquaria ini ialah, apabila melihat ikan piranha yang dibawa khas dari Sungai Amazon. Selain dari itu, kami juga terpegun apabila melihat ikan Arapaima Gigas yang besarnya hampir menyamai ketinggian orang dewasa 6 kaki!.
Kawanan piranha. Awas!, jangan sesekali meletakkan tangan anda di dalam air.
Mengikut catatan, ikan piranha akan keluar memburu pada wal pagi dan lewat petang. Biasanya mangsa yang diserang piranha akan dimakan dan digigit sehingga tinggal tulang. Kawanan piranha boleh menghabiskan satu mangsa tidak sampai 5 minit.
-Bersambung-
1 comment:
Bro,
Pernah tengok sekor jerung kat dlm tube tu berbaring atas tanah? tu hari ada la sornag diver tu dok main ekor dia dok tarik dgn saja nyakat jerong bodoh tu, haram jerong tu buat tak reti...
Diver tu Mel....berderau darah aku masa dia demo kat aku bro....
Post a Comment