Pejam, celik, pejam, celik, Faris dah nak masuk 2 tahun pada September ni. Zue pulak tengah pregnant ank kedua kami. Kalau takder aral Insyallah Februari 2012 bersalin.
Masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Career aku pun dah masuk tahun ke 4. Alhamdullillah PTK 41 aku lulus dengan jayanya (Aras 4 untuk kedua-dua ujian). Bila ajaknya gaji aku akan naik berserta jawatan senior aka Senpai. Semuanya aku serahkan kepada yang Maha Esa.
Ya Allah, Engkau pemberi rezeki, Raja yang adil, kepadaMu aku bersujud memohon limpah rahmat, permudahkan segala urusanku, ampunkanlah dosaku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, anak isteriku, ahli keluarga (yang masih hidup maupun yang telah kembali kepadaMu Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang soleh dan beriman) serta sahabat handaiku dan seterusnya umat Islam yang lain, yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.
Semua rezeki adalah datangnya daripadaMu Ya Allah. Kita mampu merancang, Allah yang tentukan.
Usia aku pun dah masuk 32 tahun ( sikit hari masuk kategori junior vateran...huhuhu... ) tapi takper hidup mesti diteruskan. Banyak perkara aku kena belajar lagi, pengalaman kena timba lagi...
Syabas aku ucapkan kepada adik Dus aku yang tengah buat master dan seterusnya Phd (jadikan shepon dan kak nomie sebagai role model sebab shepon bakal dapat Phd dan kak nomie ada master dan akan sambung Phd). Faris jadikan papa dan mama , uncle2 dan auntie2 sebagai role model untuk berjaya.
Kepada Faris dan adiknya papa dan mama akan sedaya upaya membesarkan Faris dan adik2 dengan penuh kasih sayang, cukup ilmu agama, berjaya dalam pelajaran dan menjadi orang yang berguna kepada agama Islam, masyarakat dan negara. Itu janji aku dan Zue. Papa dan mama ada degree, ada rezeki kami akan sambung belajar, Faris dan adik2 kena lebih tinggi lagi, don't worry we will support u all..
Best gak tulis blog ni sebab nanti bila Faris dan adik2nya dah besar, aku boleh tunjuk kat dia.
Ok, race aku yang seterusnya ialah Port Dickson International Triathlon pada 24 Julai, minggu depan...
Faris, cukup susah nak snap gambar dia tersemyum macam ni.
Faris tengah test basikal, tunggu besar sikit papa belikan ye.
Faris dan Zue di Pantai Puteri, Melaka.
No comments:
Post a Comment