Thursday, July 14, 2011

Penjawat Awam dan Integriti

Integriti adalah maruah, nilai-nilai murni, disiplin dan semua perkara baik yang perlu dilakukan atau diamalkan oleh seseorang manusia. Bila bercakap soal integriti semua orang tidak terkecuali. Integriti bukan untuk penjawat awam sahaja, ia meliputi semua lapisan masyarakat. Atlet tidak terkecuali dengan integriti. Kita diajar jangan menipu diri sendiri tetapi malangnya, ada sesetengah pihak dalam masyarakat kita tidak berintegriti. Minggu ni aku ada cerita menarik nak dikongsi dalam blog aku ni.

Perkara ini berkaitan dengan integriti dan ia berlaku semalam di pejabat aku. Sebagai seorang penjawat awam aku mempunyai autoriti.

Ada satu syarikat besar datang ke pejabat aku semalam untuk nak buat rayuan ke atas permohonan syarikat yang telah ditolak. Dia ajak aku minum kopi sambil sembang2. Dalam setengah jam kemudian aku pun nak chow dari situ. Pihak syarikat ini tiba-tiba mengeluarkan satu sampul surat dan nak diberikan kepada aku. dia kata sebagai sumbangan ikhlas atas segala nasihat dan masa aku.

Sebagai seorang yang berintegriti aku lantas menolak dan tambah lagi 30 minit aku lecture pihak syarikat ni. Aku cakap pada dia ni adalah satu bentuk rasuah dan penjawat awam dilarang sama sekali mengambil rasuah. Aku bagitau kat dia bukan penjawat awam sahaja pihak swasta pun sama tidak boleh mengamalkan rasuah. Rasuah adalah ibarat anai-anai yang akan merosakkan sebuah pokok atau rumah.

Pihak syarikat tadi terdiam dan terus minta maaf kepada aku. Hehehe baru kau tau sapa aku, ingat wang ringgit adalah segala-galanya ke. Pastu aku blah.
Dalam hati aku, rasa puas dapat menolak benda2 negatif ni dan tunjuk prinsip aku pada pihak syarikat.
Kepada semua, janganlah mengamalkan rasuah, sebab lama kelamaan korang akan tertangkap jua.

                   Lawa finisher t-shirt dan medal SCKL Marathon tahun ni.

No comments: