Monday, January 9, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Alhamdullillah kita kini di tahun 2012. Selamat tahun baru aku ucapkan kepada semua. Alhamdullillah sekali lagi kerana kita masih lagi diberikan oleh Allah kesihatan, kekuatan, rezeki, kerjaya, keluarga dan banyak lagi nikmat. Segala pancaroba tahun 2011 itu aku jadikan tauladan dan pengajaran berguna sebagai satu lagi episod dalam kehidupan aku dan keluarga.

Semua orang sudah ada azam masing-masing tapi bagi aku azam tak perlu tunggu tahun baru. Setiap hari pun boleh pasang azam. Yang penting kita tahu apa kita nak buat.

Tahun ni aku dah mencecah umur 33 tahun. Kenapa ada perkataan 'dah mencecah' kerana isteri ku tiba-tiba tanya. Jawapannya ialah kerana aku masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menikmati kehidupan ni lagi. Faris tahun ni akan masuk 3 tahun, manakala mamanya pula akan due pada bulan depan. Alhamdullillah rezeki dapat anak kedua.

My tentative pro tour calendar aku tahun ni ialah aku bercadang tidak masuk race banyak. Ini kerana budget dan aku nak spend more time pada training dan recovery. Race aku pada tahun ni akan dimulai dengan Standard Chartered KL Marathon pada Jun ni. Kemudian diikuti oleh Port Dickson International Triathlon pada Julai.
Tahun ni jugak aku plan nak buat Desaru Half Ironman pada bulan Oktober dan Powerman pada bulan November nanti.
Ini adalah race-race yang aku plan nak masuk. Tak lupa jugak kepada beberapa siri 10k run favourite aku.

Focus macam biasa tahun ni nak jadi seorang yang berjaya di dalam keluarga, kerjaya dan kehidupan.

No comments: