Monday, April 30, 2012

Persiapan Marathon dan demam

Masuk minggu 7, tak pasal-pasal aku demam. Diburukkan lagi apabila diserang sakit tekak. Punyalah seksa. Itulah yang dinamakan peringatan daripada Yang Maha Esa. Minggu tu macam-macam berlaku. Faris pun demam sikit, adik nur hampir... Mama diaorang ok, tetapi aku plak demam. Hari Jumaat tu terus aku gi ambik ubat. Takder tunggu-tunggu. Training terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Bukannya apa, pengalaman aku, apabila aku diserang demam akibat dari sakit tekak, aku perlu terus ke klinik untuk dapatkan ubat. Lagi bagus kalau dapat antibiotik. Pastu jangan training untuk sementara waktu kerana kalau training masa time-time macam ni, dia akan melambatkan proses pemulihan.

Ternyata strategi aku berjaya, dalam 2-4 hari kemudian aku baik. Terus mulakan latihan pada hari Sabtu, larian malam selama sejam dan hari Ahad larian sejauh 30km seawal 5.15 pagi. Jadi total mileage untuk minggu lepas adalah 39km-40km. Oklah tu, taknak pressure diri. Yang menariknya lepas pada aku lari hari Sabtu tu, aku tak boleh tido. Sepanjang malam mata tak mau lelap. Alih-alih tengok jam dah pukul 4.00 pagi. Aku pun terus siap untuk larian 30km.

Alhamdullillah aku boleh lari. Jumpa Abiyan dan bro mohd noh di Bestari Hartamas, daripada rasa ngantuk masa drive, terus segar. Cadang mula-mula malas nak lari, nak sambung tido dalam kereta tapi memandangkan aku belum start lari 30km, tak jadi tido. Aku tak mau suffur like kok masa marathon nanti. Minggu ni dah masuk minggu 8. Jadi minggu ni pun kena buat 30km lagi.

Weapon baru belum beli lagi. Aku masih mencari kasut baru. Idaman kalbu confirm nak Adidas Boston. Pilihan kedua Brook. Budget adalah sikit. Ingat minggu ni nak gi survey. Besok cuti hari pekerja dan juga hari jadi ayah aku. Selamat Hari Jadi Ayah. Semoga ayah sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan dihindari dari segala bencana.



No comments: