Thursday, May 10, 2012

Percutian di Langkawi

Minggu lepas aku dan family telah bercuti di Langkawi. 3 hari 2 malam kami di sana. Yang paling bestnyer dalam tengah sibuk keje, aku boleh blah pegi cuti. hahaha...memang best... Balik nanti aku sambung la buat keje yang menimbun-nimbun tu...

Langkawi trip kali ni, merupakan yang pertama kali Faris dan Baby Nur ikut. Faris happy. Mana taknya dari first day sampai dah beli mainan. Aku siap kena beli satu lagi back pack kecil untuk simpan semua mainan dia. (Alasan untuk menghalalkan dan menyedapkan hati aku untuk nak beli satu lagi back pack....hehehe). Zu dah tanya, "ehh, bukan ke abg dah ada 3 back pack?, aku dengan selamba jawab, "memang la tapi semua kat KL, takkan kita nak simpan dlm beg plastik mainan Faris tu masa nak naik flight nanti...Terus zu senyum...

Di Langkawi, aku dan family stay kat Citin Hotel Kuah. Cantik hotel tu, sebab baru lagi. Seingat aku masa aku datang untuk Ironman Langkawi 2010, hotel tu tengah construction. So baru dua tahun le dia siap. Murah memang memang dan dekat dengan Pekan Kuah. Hotel ni boleh book online di website dia, www.citin.com.my. Kereta aku sewa Toyota Vios. Sehari dapat RM 80 sebab low peak season.

Aktiviti di Langkawi, tak boleh nak buat yang extreme, sebab ada dua anak kecil. Jadi aku dan Zu beserta dua putera dan puteri kami banyak lepak dan shopping di Pekan Kuah. Hari kedua baru bawak diorang pegi Underwater World. Paling seronok Faris, sebab dapat tengok ikan. Cuaca masa di Langkawi pun best sebab tak panas. Sesuai untuk bawak anak kecil jalan-jalan.

Langkawi bagi aku best, sebab boleh shopping sambil jalan-jalan dan buat aktiviti air. Aku dah 4 kali datang sini. Cuma hajat untuk bawak faris main air di Pantai Cenang tidak kesampaian sebab dia meragam nak mainan masa keluar dari Underwater World. Siap aku kena dukung dia ke kereta. Terus balik hotel la.

Zu banyak shopping barang dia, family dan yang dikirim oleh kawannya. Aku pulak beli Adidas Boston terbaru untuk persiapan Marathon bulan depan, back pack, coklat dan mainan Faris. Aku pada mulanya tak bercadang nak beli kasut lari, tapi bila dah round kat al-ikhsan jumpa Adidas Boston pada harga RM 370 selepas diskaun, gua dah tak bole tahan. Terus beli. kasut tu akan mengantikan kasut lari Brook aku.

Overall trip/percutian kali ini bersama zu, faris dan baby nur memang seronok. Tengok Zu, faris dan baby nur happy.

No comments: