Monday, August 13, 2012

Kejap ada kejap tadak!!!


Apabila kesibukkan melampau telah melanda diri, maka blog pun tak dapat diupdate. Hehe, itulah alasan gua bila tak dapat updates blog..."totemo mainichi isogashii" bak kata orang Nippon. "shigoto ga taihendesune" bak kata kawan orang Nippon tu... "kerja tu penatkan" bak kata orang melayu yang translate kata-kata orang Nippon tadi...

Itulah rutin harian gua yang menyeronokkan. Tak kerja tak dapat duit...lagi tak best....baik kerja...
Hari ni dan semalam aircon office gua pulak rosak....dengar kata akan berlanjutan sampai 4 hari...sempoi... Apa nak buat.....

Hari Raya dah semakin dekat ni, yey,yey... Tahun ni tahun pertama Adik Nur beraya dan tahun ketiga faris beraya.. Baju raya untuk anak-anak dan isteri sudah siap dibeli....baju papanya pulak gua pakai baju tahun lepas sudah... Yang penting bersyukur...

Oklah sempena Hari Raya Aidilfitri ni gua nak ucapkan "Selamat Hari Raya AidilFitri dan Maaf Zahir Batin" daripada gua sekeluarga kepada semua; ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri...

No comments: