Sunday, June 14, 2015

Malaysia Dilanda Gempa

Malaysia, dikejutkan dengan bencana gempa bumi yang melanda Ranau, Sabah tempoh hari. Gempa berukuran 5.9 skala Richter turut merosakkan harta benda selain korban mangsa. Kesemua mangsa adalah pendaki serta malim gunung yang sedang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Kinabalu.

Aku terkejut dengan kejadian yang pertama kali ini. Walaubagaimana pun dengan dunia akhir zaman ni, ini adalah antara tanda-tanda kiamat kecil yang Allah SWT hendak tunjukkan. Sebagai umat Islam, aku harus memantapkan lagi pengetahuan ilmu agama serta peka dengan isu-isu semasa. Ilmu agama sebagai pendinding dari pelbagai perkara termasuk fitnah Dajal. Apabila ditimpa musibah sesebuah negara itu harus cepat muhasabah diri dan mempelajari pelbagai aspek dari punca, kesan dan langkah-langkah susulan yang perlu diambil bagi mempersiapkan diri jika berlaku bencana susulan.

Kita jangan leka dengan keseronokkan dunia tetapi perlu mengambil iktibar dengan setiap kejadian yang berlaku.
Satu lagi yang aku tak faham bila macam dah jadi satu trend sekumpulan manusia bodoh berbogel di merata-rata tempat. Apa ke banggang tindakan yang tidak bertamadun ni.Zaman hippies yang bodoh tu dah berlalu. Jangan nak datang tempat orang dan tunjuk kebodohan sendiri. Pelancong macam ni memang tidak diperlukan dan tak rugi negara kalau halang kau dari masuk/lawat.

Sepatutnya kita kena ikut macam Cambodia, lepas jer tersebar gambar budak pompuan yang bogel di angkor watt tu, sebelum dia tinggalkan negara tu, dia dah kena tahan dan denda. Sekurang-kurangnya bagi pengajaran kepada dia tu.

Macam-macam travel tips kita baca dalam majalah dan website, kalau pergi negara ni, anda dinasihatkan tidak melakukan perkara itu dan ini, jadi sama lah macam Malaysia. 
Bila melawat Malaysia, bogel di merata-rata tempat atas apa saja alasan yang tidak masuk akal adalah diharam. Pelaku akan didenda seterusnya dihalau pulang.
Pada pendapat aku, kita harus menguatkuasakan peraturan ini supaya tiada lagi perkara-perkara yang menjengkelkan ini dilakukan oleh sekumpulan manusia bodoh dan tidak beradab.

No comments: