Abiyan sebelum ni berbadan besar, tapi lepas dia kawin lagi besaq badan dia. Lepas tu dia work out jadi runner, pelan-pelan badan dia jadi slim. Yang buat gua respect kat abiyan ni, hasil dari training, dia jadi lebih focus, kayuh beskal sikit punya laju. Larian dia pun dah semakin improve. tahun lepas dia complete ironman dengan adik dia shepon. Memang membanggakan keluarga!!!. Yang bestnya kitaorang tiga orang ni, sama-sama belajar taekwondo, masuk tournament taekwondo (masa kat universiti dulu), dan pernah menang medal untuk taekwondo.
kita semua memang baru dlm sukan triathlon ni. Abiyan yang mula buat triathlon, masa tu tahun 2007 kat bkt merah. aku dengan shepon tengok je. Tapi lepas tu, shepon dan aku pun join. Sekarang ni kami tengah train 2 orang adik aku untuk join sukan triathlon ni. Masing-masing dah ada bike. Kitaorang memang nak popularkan sukan ni di kalangan ahli keluarga. Abiyan dah train hana, anak dia untuk sukan triathlon ni. Hana dah buat trikid. Aku tumpang bangga dengan hana jugak.
hana menang masa trikid. Aku harap bila hana dah besar, dia akan jadi juara untuk kategori dia.
Apa yang best nyer triathlon ni ialah komuniti dia. Kawan-kawan semua ok. Itu yang buat semangat bila race dan masa training. Aku dapat tengok, semua memeber-member bersatu, tolong satu sama lain. itu semangat yang patut ada pada semua orang tanpa mengira bangsa dan agama. Baru aman dunia ni, takda gaduh-gaduh. Terima-kasih juga pada comittee trikid. Takde korang, susah jugak kita nak encourage parents and anak-anak diorang join sukan ni.
Sukan triathlon adalah sukan yang menggabungkan 3 disiplin sukan iaitu berenang, berbasikal dan berlari. Pengalaman aku bila join sukan ni, dari tak tau berenang, aku dah reti berenang. Aku pernah hampir lemas masa kecik dulu kat taman dr. senivasagam, ipoh, perak. Abiyan yang selamatkan aku. Terima-kasih kepada abiyan. Lepas dari kejadian tu, aku takde la phobia air. Biasa la nakal masa kecik. Akhirnya kau belajar daripada abiyan dan shepon, aku dah bole berenang. Itu yang best...
Aku dah bersedia untuk PD Triathlon hujung minggu ni. Yashaaa!!!
2 comments:
tiba2 mata ku berair...cis
relaks la brader power....hehehe..
Post a Comment