Syukur alhamdullillah, selepas 9 bulan zue dan aku tunggu akhir anak sulung kami selamat dilahirkan. Muhammad Faris Iqbal Bin Mohd Fairuz Iqbal namanya. Berat 2.46kg, dilahirkan pada 5 September 2009 jam 5.50 pagi di Hospital Ampang Pandan Mewah.
Muhammad Faris Iqbal dilahirkan 3 miggu lebih awal dari tarikh jangkaan. Sihat dan aktif.
Satu pengalaman menarik bila aku temankan zue di dalam dewan bersalin. Pehh, memang syurga di bawah tapak kaki ibu. Sakit nak bersalin aku tengok memang susah nak digambarkan. Jangan derhaka kepada ibu bapa. Memang betullah kata kawan aku brader sam, "bro lu masuk teman wife lu, lu akan insaf bro". Aku insaf, pehhh....
Zue dan Faris dah discharge dari hospital. Minggu depan kami akan balik kampung utk raya dan dia akan pantang di sana.
Aku syukur, lega, gembira dan sekarang aku dah ada anak. Tanggungjawab makin besar. Nak beli pampers, napkin, susu macam-macam lagi. Walaubagaimanapun sibuk dan budget sekali pun training dan race ke masuk gak. Badan mesti mau fit, taknak la jadi macam kebanyakkan orang/suami/bapa, dah ada anak badan dah kedempul/gemuk/boncitt macam berudu/gendut/buruk. Gua mesti smart, badan mesti mau fit.
Sekarang aku dah bole start training swimming balik. Semalam dah gi swim, giler best. Putrajaya 70.3 tinggal 4 minggu je lagi. Malam ni gua nak kayuh....
Maka bermulalah tak tido malam jaga baby faris, mencabar ni...hehehe...
Maka bermulalah tak tido malam jaga baby faris, mencabar ni...hehehe...
baby faris di hospital
baby faris di rumah
baby faris dengan mama dia
baby faris tak mau tido..
4 comments:
comel baby faris..tahniah! semoga faris jadi anak yang soleh. waa semangat betul abgcha menjaga body, "tak mau jadi gemuk, kedempol, berudu, katak, kodok, kerbau etc" heheheee...good luck for putrajaya. weapon baru la katakan..
congrats fairuz & zue
faris al sultan wannabe ni. he's so cute!
thank you shepon..
thanks jaja..
tahniah abgku n kakakku...semoga menjadi seorg bapa yg aktif bersukan n didik anak elok2....
Post a Comment